Kem Motivasi Biomed 2013
sehari lps AGC, nama budak2 biomed yg kena pergi kem pun keluar..hahaha..baru ingat nak rest weekend tp keadaan x mengizinkan. Kebetulan masa Dr Yap dtg DK1 nak inform budak2 biomed, ramai yg tak sampai kelas lagi masa (termasuk jugak aku dgn kwn2) ngeeee..sempat jumpa DR Yap sebelum dia keluar dari DK. Masa aku 1st tengok Dr Yap, siyes aku fikir dia student final year tak pun student master <muda sangat!!!> aku terdengar laa dia cakap "pada yg kena pergi tu jgn rasa rendah diri, taknak pergi..fikir kem ni utk enjoy" well, basically perkara yg sama prof Balkis ckp masa awal2 sem 2 haritu
kem motivasi biomed terdiri daripada pelajar2 yg dpt pointer bawah 3.0 masa sem 1 haritu <ok, kantoi result aku> yg terpilih semua tahun satu dan sedikit pelajar tahun 2- ada yang dtg sbg contoh utk junior2 sbb pointer naik lps kem-..kem diadakan di Pangsun, Hulu Langat <ada sungai!!!>
kami semua bertolak lps kelas tutorial fisio ptg jumaat..angkut laa semua beg pergi kelas..aku drpd bwk beg 'balik kg' tukar pakai bagpack yg kalau aku pakai mcm penyu dah rupa...malu nak bwk beg besar2 tapi tengok budak lelaki lagi besar beg dari aku, kiranya beg aku paling kecik antara semua <ada yg jeles kot> aku mmg malas nak bwk beg besar2 pergi kem or tempat mcm tu..entah laa kenapa...
otw nak ke sana mmg aku byk2 berdoa semoga takde apa2 kejadian yg tak diingini berlaku or berulang kembali..huuuu why? sbb aku pernah pergi kem kat Pangsun jugak tapi tpt lainn laa masa asasi UiTM dulu, phone aku 'Samsung galaxy Ace' hilang dicuri dlm dorm kiteorg, masa semua tgh jungle trekking 'malaun' tu ambil phone aku tp ada jugak salah aku kat situ sbb tinggalkan phone kat dorm, elok je sebelum2 tu aku bwk je kemana-mana..hmmm dah xde rezeki nak pakai lama2.memang bengkak mata aku menangis sbb tu phone hadiah SPM aku dari mak aku..5 tahun tunggu mak aku bg green light nak pakai phone canggih..byk sentimental value kaww!!! but then, ALHAMDULILLAH bb aku selamat dari sebarang 'anasir' jahat..huhu..
Dekat sana, pelajar2 ditempatkan kat dorm 2 tingkat. tingkat atas pelajar perempuan, bawah lelaki yg duduk. agak seram mulanya nak duduk sbb dorm kayu and kalau jalan2 kat atas rasa mcm nak 'runtuh' pun ada gak..huhuhu..kena jln dengan sopan santun, itu wajib!! budak lelaki kat bwh pun dah request awal2 suruh kiteorg jln elok2 kat dorm sbb rasa seram dgr bunyi tu..hikhikhik..toilet pulak kat dpn dorm so, semua kena jaga aurat masing2 nak pergi mandi <yg ni mmg leceh> kalau kat tpt aku pergi dulu tu, toilet mmg kat dlm dorm tu dan mmg tak bertembung dgn budak lelaki...hehehe.. tp Dr Nini (lecturer physio) dah ckp awal2 "Jgn complain" kat kiteorg..xpe2 standard arr kalau pergi kem, mana boleh nak selesa sgt,kannn?
disebabkan awal2 lagi lecturer semua dah ckp yg kem ni mmg sgt enjoy dan bukan seperti kem motivasi lain2 yg ada ceramah, talk atau 'bla bla', so, kami semua mmg have fun sgt2. banyak aktiviti yg membina semangat aku untuk study harder than ever plus lecturer semua yg byk membantu kami semua. rasa bonding dgn lecturer pun makin rapat. Kalau sebelum2 ni, mmg aku x bercakap dgn lecturer <teruk betul, kan?> sekarang ada lecturer yg dah tau nama aku..so sweetttt rasa mcm nak tacink pun ada jugak..lecturer2 semua dah mcm ibu dan ayah bg kiteorg semua..mana yg muda dah mcm kakak and abang...
antara aktiviti yg paling bg kesan kat aku masa 'ice breaking'..masa ni semua lecturer dtg ke dpan utk kenalkan diri..masa ni laa kenal semua lecturer biomed dan tahu kisah dorang masa student dulu..very inspiring sbb most lecturer senior biomed and mmg best student UKM..Dr Satirah (lecturer physio aku) dpt PNGK 4.0 masa grad *jawdrop* Dr Zariyantiey (ajar 2nd year nnti) dpt anugerah di raja means that she got Dean's list every semester!!!! lecturer semua ckp setiap tahun UKM akan pilih 2 org shj pelajar utk dpt Anugerah diraja <bukan senang!! tapi tak mustahil> dan paling best sekali Dr Yap (lecturer microb) dpt scholarship buat Phd lps grad degree dari UPM sbb dia dpt 4.00 every semester *faint* dia dpt Phd at the age of 26 (tahun lps)!! sbb tu aku ckp awal2 td aku konpius Dr Yap ni student or lecturer sbb muka dia sgt muda <mmg muda pown>..mmg aku ckp awal2 laa, tak perlu cari jauh2 motivasi or someone to motivate yourself, lecturer kat dpn mata yg jumpa tiap2 hari tu pun dah lebih dari cukup..ni baru lecturer biomed, belum lagi dgr cerita lecturer course lain..lepas aku dengar cerita2 lecturer aku semua, mmg aku dah nmpk yg untuk dpt pointer yg gempak walaupun course yg kritikal bukan mustahil..masa dpt result sem 1 haritu dgn tengok result kwn2 aku yg semuanya lebih kurang jerr, aku fikir mmg course biomed ni standard arr dpt result camtu and mmg mustahil nak dpt 3.5 and above tapi aku SALAH!!! itu semua tak mustahil..
habis part yg cerita psl lecturer kami yg hebat2 tu, masuk pulak cerita senior2 2nd year kiteorg yg pointer naik lps pergi kem...senior kami pun kena pergi masa 1st year tahun lps, betul2 dah nak dkt final exam masa tu...senior kiteorg, Bad, kongsi cerita dia yg masa 1st sem dpt 2.8 then lps pergi kem dia dpt 3.3 and 2nd year 1st sem dpt 3.4 *wow* dia antara student lelaki biomed yg cemerlang setakat ni..Kak Faz -sama grup LDK dgn aku dan Zaf- pulak dpt 2.5 mulanya then dpt 3.5 2sd sem and 3.1 for last sem tp PNGK menaik..lagi aku bulat mata mendengarnya..naik 1.0???!!! nak naik 0.1 pun semput tapi Kak faz berjaya buktikan...
antara aktiviti yg best masa kem ni, brainstorm masalah2 pelajar yg kami fikir yg ganggu kami utk perform dlm study...semua masalah dikelaskan dlm 3 kategori <alahai x egt pulak> dan masa ni laa semua tulis masalah2 yg ada..mmg lawak laa sbb ada yg tulis CESMED, KL, Times Square, drama korea..hahaha..tp lecturer2 semua byk bg advice kat kiteorg camne nak cope and solve the problems. everything can be solve!! mmg tiap2 satu tu lecturer bg komen and advice...masa LDK laa yg aku rasa bonding dgn lecturer makin rapat sbb dorang mmg nak sgt bantu kiteorg dlm study.
aktiviti lain yg kiteorg buat ialah sukaneka air!!! kiteorang semua main sukaneka dkt sungai dpn kem tu...sungai tu mmg best setakat yg aku pernah pergi sbb x banyak batu..hehehe..kami main bola tampar air (grup aku menang walaupun aku tak reti main, main tampar je bola tu), tarik tali, lastik botol, cari duit syiling dan yg paling best kejar itik ramai2...hohoho..happening gilerr masa ramai2 kat dlm sungai tu...
malam kedua kat sana, ada night walk!!! and 1st time ever aku kena 'kiss' dgn pacat..homai2x..aku mmg dah terasa kat kaki aku tu dari awal night walk lg tp aku ingatkan kena gigit nyamuk *choiii* mmg kat kawasan tu ada byk pacat pun. Budak2 lelaki pun sama je 'naik' tiap kali jumpa pacat..siap melompat-lompat kalau ada pacat...hahahaha...aku kena 2 kali pacat. 1st time masa lps night walk-budak2 lelaki semua muka jakun tengok kwn aku (perempuan ea) cabutkan pacat tu dari kaki aku, cehh, boleh arr buat muka jakun..cuba kena 'kiss' sekor, mau menjerit satu Hulu Langat..2nd time maybe aku kena masa tgh tidur, pacat tu ada kat baju budak2 lain then dia merayap2 dlm dorm dan kaki aku jugak yg dia nak 'kiss'..yg ni mmg aku tau2 dah ada darah meleleh (pacat ada heparin, anti-clot), pacatnya aku tak tahu dah kekenyangan kat mana..lama gak laa nak hentikan bleeding tu...*habis kaki cantek aku* hahaha
esok paginya, lagi sekali kami semua bergelut dgn pacat..hehehe..jungle trekking!!!! kat situ kami pergi satu spot sungai yg sgt best dan buat sandwich maggi plus telur. kami masak dlm buluh...manyak2 sedap..otw nak kesana mmg masing2 mata macam hape je tengok2 takut pacat dah naik ke kaki..mana yg jumpa kat tepi2 tu mmg dah awal2 selamat menjerit...kihkihkih...*suke hati gelakkan orang*
masa tgh masak telur dgn maggi tu, aku n the gang ambil kesempatan mandi-manda huhu..oh lupa nak mention yg aku, zaf dan bal sama2 pergi kem ni..hehehe..dah geng kann, mana boleh sorang pergi yg lain x pergi (dah pointer pon lebih kurang-aku dgn zaf sama pointer hehehe-)..lepas dah sejuk2 mandi, rendam2 kaki, bergambar bagai, apa lagi? makan laaa...walaupun xde laa sesedap sandwich buat kat rumah tapi semua makan sampai licin..hehehe..mcm laa x sarapan..sarapan dah kena bakar masa jungle trekking kot..lps makan, bakar balik sandwich maggi nak balik ke kem..
overall, kem ni sgt2 best..hopefully next kem aku pergi bukan sbb pointer rendah tp sbb pointer aku dah meningkat so that aku boleh kongsi dgn junior2 aku pulak..aminnn...
Comments
Post a Comment