biomedik VS medik
Apa beza antara medic dan biomedik? Hurmmm…senang je..medik,
orang nampak doktor2 semua kerja kat hospital dan klinik..tapi bagi biomedik,
orang ramai tak nampak siapa yang buat kerja..sebenarnya bidang bioperubatan
sangat meluas. Tak semestinya kerja kat makmal2 hospital ataupun jadi
pensyarah. Banyak kerja menanti kat luar sana bagi graduan bioperubatan.
Dan soalan yang paling popular adalah perbezaan antara medic
dan biomedik. Dari pengalaman aku yang dah nak masuk tahun 2 sem 2 dlm bidang
bioperubatan, apa yang aku boleh cakapkan…kami berbeza dari segi tugas kerja
tapi saling melengkapi antara satu sama lain…
Aku bagi satu contoh keadaan, ada seorang pesakit baru
dimasukkan ke hospital. Dia mengadu sakit perut, muntah2, cirit-birit, sakit
kepala. Kat sini, doktor akan jumpa pesakit dan ambil kira semua gejala dan symptom
pesakit, bertanya sejarah pesakit samada pernah pergi luar daerah atau makan
apa within 24 hours. Lepas tu, doktor akan isi borang untuk lakukan ujian2
tertentu macam ujian darah, feses, dan kat sini laa tugas biomed bermula. Kami akan
melakukan segala mcm ujian tu kt makmal perubatan dan mengesahkan diagnos. Kat sini
peranan pegawai bioperubatan yang bertugas kat makmal sangat2 penting sebab
kalau salah tentukan diagnosis maka doktor akan bagi salah ubat, seterusnya
perkara buruk akan berlaku pada pesakit.
Haaaa, dah boleh bayangkan beza kami? Kami serupa tapi x
sama yet still complement each other. Contoh yang aku bagi tu berdasarkan apa
yang aku belajar dalam Bakteriologi dan Parasitologi Perubatan. Dua kursus ni,
kami belajar segala bacteria dan parasit yang menyebabkan jangkitan kepada
manusia dan juga beza pathogen dan yang non-patogen. Perbezaan pathogen dan
non-patogen ni penting sebab sbb ada yang morfologi sama tp beza penyakit dan
rawatan, dan ada yg symptom sama tapi
spesies lain2. Dalam kursus ni jugak laa belajar macam mana nak diagnos dan
sample handling dalam makmal.
Ada jugak kursus Farmakologi Am..dalam kursus ni kami
belajar segala tok nek dadah – 1st and 2nd generation,
side effects, indications and contraindications- dan basic segala basic farmako
iaitu farmakokinetik dan farmakodinamik. Haaaa, pasal ubat pun belajar jugak
tau..Cuma ramai tak nampak sebab kami belajar asing2 ikut bidang dan dalam
kursus yang berlainan. Kalau medic, nampak macam dorang belajar semua benda
sebab dorang integrated curriculum (in UKM laaa)..medic student belajar ikut
modul contoh module cardiovascular system (CVS), respiratory system etc. setiap
module mereka akan belajar dari awal sampai laa ke penyakit dan drugs for
treatment (ngeeee, x boleh nak explain lebih2, takot salah info)
So, in the end, sebenarnya ikutkan apa yang biomedik dan medic
belajar sama sahaja. Biomedik pun belajar ambil darah, blood pressure tu semua
just one thing different, we biomeds dun have to meet the patients..
Lagi…bioperubatan bukan setakat masa orang sakit sahaja baru
ada kerja..masa orang sihat, sakit dan sihat semula, kami2 ada kerja..that’s
why pensyarah dan alumni selalu cakap jangan risau pasal kerja lepas graduate
nnti. Tapi tu laaa rezeki masing2 dan jangan memilih laa, tu yg penting
sebenarnya.
Dan sebab itula program SAINS BIOPERUBATAN ni diletakkan bawah
Fakulti Sains kesihatan. Dalam FSK ada lagi program2 lain mcm radioterapi
(PDR), diet dan nutri, optometri, fisioterapi, speech, audio, forensic pon ada
jugak tp program forensic belajar kat UKM Bangi sbb facilities sana lg lengkap.
Pasal kerjaya lepas graduate nnti, boleh jadi penulis untuk
jurnal atau majalah kesihatan, pegawai penyelidikan, pegawai sains
bioperubatan, kalau kat syarikat produk kesihatan, farmaseutikal atau
kecantikan boleh jadi Quality Analyst (lebih kurang cmtu laa namanya). Dan ikutkan apa yang pensyarah bgtau dulu, graduan bioperubatan dari UKM mmg macam pisang goreng panas setiap tahun. banyak syarikat offer interview dan ambil graduan UKM bekerja. Nak kerja
kerajaan boleh, swasta pon boleh. Cuma satu sahaja, jangan terhadkan bidang
bioperubatan cuma kerja kat hospital, duduk dekat makmal sahaja atau jadi cikgu
sains.
Peranan bidang bioperubatan sangat penting malah kat luar Negara
sendiri dah ada jabatan sains bioperubatan dan kat university di Thailand ada
fakulti Bioperubatan. Cuma di Malaysia bidang ni masih baru dan tak mustahil
dalam masa 10 tahun lagi, bidang bioperubatan akan jadi salah satu bidang yang
kritikal dan akan jadi high-demand dalam pasaran kerja Malaysia.
banyak lagi nak tulis ikutkan hati ni haaa..huhu..tapi rasanya cukup laa sampai sini..dah xtau nak tulis apa pun sebenarnya..kalau ada soalan apa2 yg berkaitan bioperubatan, akan ku berusaha utk menjawabnya..
*kalau ada yang tertanya kenapa aku amik bidang ni, sebenarnya aku nak belajar semua pasal kesihatan, penyakit, dadah, semuanya laahh macam doktor2 semua sbb tu mmg minat aku tapi aku tak nak kerja mcm doktor sbb aku tak nak tekanan kerja doktor tu - on call, stay back kat hospital semua...lagi satu, kalau boleh aku nak kerja yang aku boleh spend time dgn family x pon kerja kat rumah, senang nak jaga anak2 nnti..huhuhu <family and career planning derr, kena laa plan awal2>
cc Leeya Carollyna
Wahhh... thanks alot.. ne sangat membantu.. ada kawan kita ckp biomedic ne ssh nak dpt kerja bila dah grad, tp bila fikirkan balik kerja tu ada je kat mana2 asalkn kita tak terlalu memilih . Thanks sngt2 k. Kalu satu hari nnt sy brpeluang tu futher my studies in this field n lagi2 kat ukm , hope to meet n thank you .. u must be busy but u still able to reply my comments. I really appreciate it. May success with u :D
ReplyDeletehelp me a lot sebab tgh berfikir2 nak amek course apa dekat U . thanks :)
ReplyDeleteSalam kak . Kerja biomedic ni mmg sentiasa duduk lab ea ?
ReplyDeletewaalaikumussalam...tak semestinya duduk lab sahaja..setakat apa yg saya dah tuliskan dalam semua entri saya memang laa nampak mcm kerja duduk dalam lab sahaja sebab core biomed adalah pengetahuan dalam bidang diagnosis..jadinya secara teori dan amali setiap ujian diagnostik termasuk laa mesin2 yg berjuta2 ringgit tu kena faham..tp kalau dah grad dan kerja kat makmal2 diagnostik, peranan kita lebih kepada pegawai sains (the one who runs the lab) yg buat segala paperwork, tender, inventori bagai..semasa tahun 2 kami ada kursus yg dinamakan Pengurusan Makmal Bioperubatan..dalam kursus ni, kita belajar macam mana nak jadi bos *ceh* so, apa gunanya gred gaji bos tp gred pengetahuan macam budak tadika, right?
Deleteindah sebelum dapat.. bila dah dapat wish bila nak pencen.. politik dalam bidang kesihatan amat teruk dan kalau salah handle boleh memakan diri.. sekian dari org yang dah ada pengalaman.. gud luck
DeleteKepada unknown, boleh tau macam mana tuan/puan punya pengalaman bekerja ya?
Deletethanks for your helps
ReplyDeletei'm really appreciate that
biomedik ni beza ke dgn fizik perubatan atau sinaran perubatan ? dan apa pula kerja bg fizik perubatan dan sinaran perubatan ni ? harap akak jelaskan kpd sy ye..email sy tau kak muhdawal@rocketmail.com . (really need ur help)
ReplyDeleteSalam...biomedic ni boleh ke kerja dalam bahagian farmasi...which sama dangan org yg ambil degree farmasi
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletewaalaikumussalam Hakim Jalil..
Deleteutk soalan awak ni, kalau awak maksudkan kerja sama dengan yang ambil degree farmasi, setahu saya tak boleh.. pengetahuan mereka lebih khusus dengan jenis2 dadah utk rawatan dan yang mana bersesuaian utk pesakit..pharmacist jugak boleh memberi nasihat pada doktor dalam preskripsi ubat..dan saluran utk mereka bekerja di bahagian farmasi pun lain.. kalau awak maksudkan graduan biomed boleh ke tak bekerja di farmasi, kalau memohon pon, prioriti akan diberi kepada graduan farmasi..
tetapi lain ceritanya kalau awak nak buat penyelidikan dalam bidang farmasi ie. new drug development.. itu boleh dan sangat digalakkan..ramai graduan biomed terlibat dalam penyelidikan mcm ni as in sambung Master and PHD in research..
hai! nice post..nk tnya something ni erm apa kelyakan nk masuk ukm lepas dipmola or matriks kee? harap balas ya..
ReplyDeleteassalamualaikum. nak tanya kalau lepasan diploma dgn result 3.50++, ada peluang tak dapat course ni? & adakah course ni refer spm result balik? thank you ☺️
ReplyDeleteAssalamualaikum akak..sblum akak dpt tawaran ni kna lalui interview tak?
ReplyDeletesalam kak,saya dapat interview course biomedic ni dkt ukm. But rasa berbelah bahagi sebab most people yang dah grad cakap course ni susah dapat kerja and end up kadang kadang dpt kerja yg tk relate dgn biomedic.Mohon pencerahan,tq.
ReplyDeleteAssalam kak.. saya ada dapat iv utk course biomedik ni dekat ukm. Boleh tak akak kongsikan pengalaman ataupun tips macam mana nak hadapi iv utk course ni? Sebab ni first time saye dpt panggilan iv, jadi agak risau sikit takut gelabah ke tergagap2 cakap ke nnti huhu.. mohon dibantu ye kak, terima kasih.
ReplyDeletehye..saya baru dpt tawaran iv d ukm..boleh x bagi tips sikit
DeleteAssalamualaikum, akak nak tanya apa beza biomedik dengan sains biomedik? andd pekerjaan dia sama je macam biomedik ke macam mana eh?
ReplyDeleteberapa tahun akak belajar biomedik ni?? kalau nak jadi biomedik ni kene ade at least degree ke kak??
ReplyDeletethankyouu.. sekarang saya masih menunggu keputusan spm 2016, in shaaALLAH boleh dpt yg terbaik. masih keliru nak ambik course
ReplyDeleteBagus info ni kak. Saya minat bidang biomedik ni. Tapi saya nak tnya, selain dri UPM,MSU dan UKM, Uni mana lagi yg tawarkan bidang ni ? And lagi satu, belajar terms terms biomedik ni dalam BM ke BI eh ?
ReplyDeleteassalamualaikum kak, saya pelajar asasi dan bakal memilih kursus peringkat ijazah. saya amat berminat untuk bidang ni, adakah kursus ini mudah untuk lelaki memohon?
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, biomedik kat ukm blaja dlm bm ke bi?
ReplyDeletesaya pelajar diploma microbiology uitm semester akhir, sya tngk bidang biomedic ni sesuai dgn saya sebab dh biase buat kerja dlm lab. blh ke transfer kredit dri uitm ke ukm?
ReplyDeleteKak mean biomedic ni sama mcm dip teknologi makmal perubatan ke?and after dip teknologi makmal perubatan boleh nk sambung ijazah biomedic ke?
ReplyDeleteSalam, lets say no aim to be a pathologist, so Kod mana yang more preferred? Medic ke biomed?
ReplyDeleteNak* typo
DeleteBolekah kalau kita dari biomedik tukar course pegi medic d ukm?
ReplyDeleteSalam kak biomedik bleh jadi saintis ke?
ReplyDeletesalam kak, nak tanya biomedic ni sama ke dengan teknologi makmal perubatan?
ReplyDelete