SAINS BIOPERUBATAN - 1st year 2nd semester


ALHAMDULILLAH. aku masih lagi bernafas di bumi ALLAH ini dan dapat meneruskan hidup aku sebagai seorang pelajar Sains Bioperubatan di UKM. Sudah seminggu semester dua bermula tapi rasa macam dah berbulan-bulan kat sini. Macam-macam hal terjadi sepanjang seminggu ni. Well, mula-mula sekali, semua biomed 1st year ada perjumpaan dengan ketua program kami iaitu, Prof Dr Balqis. Perjumpaan tu lebih kepada nak cakap yang kami biomed 1st year dpt result teruk utk 1st sem aritu..huhu..boleh kira dengan jari je siapa yang dpt 3-pointer and above. Aku?? hehehe tak termasuk dalam list tu pun tapi aku tetap bersyukur sebab apa yang aku target mcm biochemistry utk at least dpt B-  berjaya sbb biochem aku failed masa midsem exam. Tapi ye laaa target tu aku lupa nak masukkan sekali target pointer, my mistake..huhu..janji lulus..

let bygone, be bygone

start the new semester with new spirit and target!!!
dalam perjumpaan dengan Prof Balqis ada cerita pasal kem motivasi untuk siapa2 yang dpt pointer rendah. masa tu aku dah tak tahu nak cakap apa. tapi Prof balqis ada ckp yang siapa2 yang dapat pergi tu jangan rasa rendah diri and fikirkan yang kem itu untuk kebaikan diri sendiri and have fun..awal2 lagi dah cakap yang itu bukannya kem 'brain wash'..hohoho...dengar2 cerita list nama tu dah keluar tapi tak diumumkan lagi sebab takut tarikh kem bertindih dengan tarikh program mega kolej (yang ni pun satu hal!!). dalam lubuk hati aku yang paling dalam, aku teringin nak pergi kem tu sebab boleh lari sekejap dari stress..

program mega kolej - Fiesta Synergi Intelek (FSI) - satu program anjuran kolej Tun Syed Nasir yang diadakan setiap tahun. Ada 10 subprogram bawah FSI seperti Adrenaline Games Challenge (AGC)-sukan-, PC Fair, Pesta Makanan, Bicara Siswi dan macam2 lagi. Disebabkan aku ketandusan HC yang mana penting untuk aku grad nanti, so, aku pun meng-involvekan diri aku dlm AGC sebagai bendahari. Itupun sebab Taufik dan Fara ada sekali dalam AGC jadi pengarah dengan timbalan pengarah 2. bila dah melibatkan program besar2 ni memang tak sah kalau tak ada meeting almost every night and discuss pasal macam2 masalah. Tapi ALHAMDULILLAH program aku ni tak banyak sangat masalah kalau nak dibandingkan dengan subprogram lain. Ada satu subprogram tu terpaksa dibatalkan sebab ada hutang (yang ni aku rasa sebab salah bahagian pemasaran yang lambat buat kerja) dan banyak lagi masalah mereka.
Sekarang ni AGC perlukan sponsor dan peserta sahaja lagi untuk jayakan program kami.
Adrenaline Games Challenge - ada dua jenis sukan dipertandingkan. 1st, futsal untuk lelaki dan perempuan and second, frisbee untuk lelaki sahaja.


Enough with HC and merit mega, let's get to what are the courses that i'm gonna take this semester

  1. Systemic Anatomy II
  2. Health Physiology II
  3. Biochemistry Metabolism
  4. Kemahiran Psikologi 
  5. Pembangunan Diri II
  6. Asas Keusahawanan dan Inovasi
  7. Academic Communication I






hmmmm...memang best sem kali ni..ANATOMY kali ni 3 credit hour, so, agak mudah laa jugak. Banyak belajar tentang sistem dalam tubuh badan manusia dan histology organ2 sistem tersebut. Physio pulak upgrade jadi 4 credit hour...homaigad2x..banyak sistem and mechanism yang perlu dikuasai. harap sangat aku boleh master course ni. CHAIYOK!! BIOCHEM pulak dah lain sikit dari sem lepas punya ada tambah METABOLISM kat belakang tu. minggu ni sahaja dah habis tajuk Enzyme. Yang ni baru sikit, belum lagi masuk CARBS, LIPIDS, PROTEINS and etc...


 semester kali ni ada course Kemahiran Psikologi gantikan course Instrumentasi. Kelas ni aku tak masuk lagi. esok INSYA ALLAH. harap-harap kelas ni tak se-stress kelas2 lain...sama jugak untuk course ACADEMIC COMMUNICATION I (english), kelas ni start masa minggu ke-3, so, next week boleh keluar shopping lagi...hohoho..




Dua course lain ialah Pembangunan Diri II (PD) dan Asas Keusahawanan dan Inovasi or we call it as CESMED. Dua course ni mmg menyetresskan (stress) aku!! Nak kena buat proposal laa, buat ini laa, itu laaa..adoyy sabar je laaa..patutnya course mcm ni untuk student have fun sebab takde kena mengena dengan course yang berat2 tu..SABAR2x..aku kena banyak2 bawa bersabar dan cuba serasikan diri aku dengan semua ni. aku tak boleh campur-adukkan peribadi dengan pelajaran, lebih2 lagi yang melibatkan orang lain jugak. Aku masih lagi cuba untuk sesuaikan diri dengan segala kekalutan yang melanda ini. INSYA ALLAH aku boleh hadapi sem 2 dengan mudah dan jayanya. JIWA 4FLAT!!!

Comments

  1. Assalam,,nak tanya,,,syllabus sem 1 utk course BioMed UKM ape yer? Harap mohon pencerahan,thank u & btw,nice blog. ;)

    ReplyDelete
  2. wasalam Leon Mikael...untuk sem 1 kami belajar anatomy,physiology,biochemistry..kalau muet band 2 and below ade academic communication...tu je =)

    ReplyDelete
  3. Oh,thanks for the infos! ;) sgt menarik.. :D suka blog awak! ngeeee,,,,^3^

    ReplyDelete
  4. thnx for the compliment..oh ye, plus ada subjek pembangunan diri..subjek ni ada kelas sekali dalam seminggu tp mesti skor sbb subjek ni under PPU-pusat pengajian umum..kalau dpt A, mmg dpt membantu PNGK..

    ReplyDelete
  5. hi nak tanya =).. brapa pointer y bole apply biomedic ne n how about muet?

    ReplyDelete
  6. hai, kalau lepasan asasi dan matrikulasi majority kami pointer 3.8 and above..kalau lepasan diploma about 3.6 and above..muet pulak minimum band 2 tp utk student muet band 1 and 2 kena amik kelas english during 1st sem..but still, ramai je kawan2 kami amik semula muet utk improve result..i hope this info helps u =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks its help a lot.. actually apa beza doctor perubatan ngan course biomedic ne? i noticed that the subject learnt by biomedic student quite similar with medical student. and what kinda job tht will be offered to graduated students in these particular course. really need explaination since im interested with this course.. doing some research bfore fill my upu application =)

      Delete
    2. banyak nak kena tulis nih hehehe, satu ruangan comment pun x cukup..i've upload new entry to answer ur question..hopefully it helps!!
      http://pulutcendolkaw.blogspot.com/2014/01/biomedik-vs-medik.html

      Delete
  7. hai...saya suka blog saudari ni..banyak info dan gambaran yg saya dpt dari blog ni..harap nya saya dpt berkenalan dgn saudari september ni...saya nak tanya psl ptptn...sem 1 yang lepas,ptptn yg bayar yuran pengajian saudari kah?itupun kalau saudari ada mohon ptptn...harap saudari dpt tolong menjawab soalan saya ni..trima kasih saudari atas blog ni..

    ReplyDelete
  8. hai, mengenai ptptn, ramai kwn2 saya mohon sebab urusan jpa pun lambat nak masuk dan ptptn adalah salah satu cara utk tampung perbelanjaan kami pada awal pengajian tahun satu dulu. saya pun ambil Wang Pendahuluan Pendidikan, WPP (rm1500). jangan risau pasal tu semua sebab di UKM, MPP mmg akan selalu update tarikh2 utk memohon segala biasiswa dan pinjaman pelajaran. zakat pun ada.
    bila urusan JPA dah selesai dan duit dah masuk, mana yang pakai ptptn boleh batalkan perjanjian dan bayar balik dan sama juga dgn urusan bayar balik WPP.
    bakal junior saya ke? hehe..dalam biomed ni, kita semua dah ibarat satu keluarga. nampak saya tegur laa..
    btw, thanks for the compliment..glad you like my blog =)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...saya ada apply biomedic ukm..saya lepasan matrik dan tgh tggu result final..boleh terangkan pasal bidang ni..and apa contoh kerjaya ni kat hospital....tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..mengenai bidang bioperubatan ni, saya boleh ringkaskan bahawa ia satu bidang yang merangkumi semua bidang seperti mikrobiologi, parasitologi, entomologi, farmakologi, virologi etc etc dan semua bidang tu kita akan belajar yang berkaitan dengan kesihatan manusia..saudara/i boleh tengok entry2 saya yang lain mengenai setiap kursus yang saya ambil setiap semester setakat ni...
      dan bila masuk dalam dunia pekerjaan khususnya di hospital, ada satu jawatan yang dipanggil 'Biomedical Scientist' atau "pegawai Sains Bioperubatan'..peranan mereka adalah analyse and verify the doctors prognosis and diagnosis..besar ya peranan jawatan ni di hospital..kalau silap buat test or interpret result, doctor akan salah bagi treatment dan byk lg kesan buruk..
      dan boleh juga specialise dalam beberapa lab seperti hematologi jadi phlebotomist and one of our seniors pulak jadi geneticist..
      hopefully i've answered your question =)
      p/s: dapat biomedic ukm nanti, hello2 la saya..

      Delete
    2. sama sama. harap dapat kita dapat boleh hello akak pulut cendol. hehe :)

      Delete
  10. Assalamualaikum saudari,saya nk tanya...syarat bioperubatan ukm dan usm sama ke?

    ReplyDelete
  11. waalaikumussalam..setahu saya syarat bioperubatan ukm dan usm generally sama sahaja..contohnya, pointer semasa matrik dan asasi kena 3.8 ke atas..cuma utk usm cara nak memohon lain dengan ukm sbb usm ada saluran mereka sendiri kalau nak memohon..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum...say lepasan matrik,baru dpt result final!pngk saya 3.71..ok xuntuk kos ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..sebelum tu, tahniah dapat result bagus semasa matrik..utk soalan awak, saya boleh cakap, mohon sahaja di UPU kalau betul2 berminat and make sure pilihan teratas laa..
      to be honest, memang tak dinafikan persaingan sekarang ni dasyat2..walaupun batch saya ramai yg x mohon biomed (x letak langsung dalam upu!!) tapi dapat biomed ukm jugak sbb letak medik ukm as 1st choice (masa tu blurr lg psl biomed, nampak medik aje)..tapi utk batch bawah kami, situasi dah berubah..even masing2 pointer memang hebat2 dpt biomed tp ade yg x dpt biasiswa..persaingan utk biasiswa JPA pun dasyat gak bermula dgn pelajar tahun 1 kali ni..
      so, my advice, kalau betul2 berminat, letak biomed as 1st choice dlm UPU..nak letak pilihan dlm UPU ni pun kena ada strategi..and boleh mula mencari dan mohon biasiswa2 lain jugak ye..=) and bear in mind, never lose hope, k?

      Delete
    2. ok..thanks kak.:)

      Delete
    3. salam..yang biasiswatu mohon lepas dpt result u ke boleh mohon skrg?

      Delete
    4. kalau biasiswa JPA, kena alert tarikh yg di-announce kt website JPA...

      Delete
    5. Good Luck utk adik2 junior biomed ukm.. akak super senior biomed ukm sesi 2001-2004.. dah 7 tahun akak keje dgn goverment (kementerian kesihatan malaysia).. tugas akak mengajar student yang amik diploma penolong pegawai perubatan farmasi bagi subjek mikrobiologi dan subtopik berkaitan biokimia klinikal, patologi umum, imunologi, parasitologi.. insya Allah kalu ada peluang nak sambung master..

      Delete
    6. wahh, x sangka ade super senior sudi jenguk blog ni..tengkiu akak..=)

      Delete
  13. salam akak,nak tanya,untuk biomed ni banyak peluang pekerjaan tak kat malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak cerita tentang peluang pekerjaan, kita perlu pandang pada kebolehpasaran (marketability) graduan tu..alhamdulillah graduan biomed ada bnyk pengetahuan dalam banyak bidang (ie: hematologi, parasitologi, entomologi, faramakologi, mikrobiologi, biostatistik etc) dan tu jugak termasuk dgn skill seperti ujian2 makmal diagnostik, phlebotomi, animal handling.
      awak kena pandang dari sudut pengetahuan dan skil graduan biomed bakal bawa ke alam pekerjaan, dari situ awak boleh tengok dan fikir sendiri, banyak tak banyak peluang pekerjaan kat malaysia
      *wink wink*
      dan apa yg saya baru dpt tahu dari pensyarah saya, Petronas pun ada offer kerja utk graduan biomed
      harap jawapan saya membantu =)

      Delete
  14. Assalamualaikum kak. Nak tanya. Kalau dekat UKM, kita belajar subjek sains dalam bahasa melayu ke? Assingment pun dalam bahasa melayu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..kalau dekat Fakulti Sains Kesihatan, kita belajar 50% BM 50% BI..medium pembelajaran ikut keselesaan pensyarah dan pelajar..macam kami tak kisah belajar sepenuhnya bahasa inggeris memandangkan buku rujukan pun semuanya dalam bahasa Inggeris dan tu tak cerita lagi istilah2 saintifik..sesi Q&A dalam kuliah pun campur2..
      kalau assignment pulak, mula2 pensyarah beri kebebasan pada kami nak pilih bahasa apa termasuk jugak nak jawab exam cuma pastikan tak bercampur bahasa je..
      satu je laa yg penting, utk penulisan thesis semasa final year project, sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia dan guna penulisan gaya UKM..maknanya, dua2 bahasa memang kena power laaa
      menarik x????

      Delete
  15. Saudara/i,saya nak tnya berkaitan life and kampus study biomed dkat ukm.saya dpat twaran smentara ukm tp blum official.anayway mcm mana dia punya life,i mean kampus and kolej kediaman.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Hi boleh tak nak tahu career path for biomed graduates?

    ReplyDelete
  18. Asslmmuaalaikum saudara,
    Nak tanya.. Kalau sangkut 1 subject katalaa.. Ada peluang tak merayu dengan prof untuk recheck balik? Dan klau reseat balik adakah mndapat soalan2 sama? Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts