Beautiful Creatures
Jumaat yg lepas, aku dengan rumet, Zaf, plan nak bersuka-ria dekat Times Square. Mulanya plan nak pergi jalan TAR sbb aku nak cari tudung tapi disebabkan kedai2 kat situ kebanyakannya buka petang, so, kiteorang decide shopping kat TS je laa. Zaf pun ajak laa tengok wayang sekali..cerita ----> Beautiful Creatures. Zaf siap tunjuk novel dia dan bagi spoiler sikit2 pasal cerita ni. Gosip2 mengatakan cerita ni akan menggantikan Twilight Series (memandangkan dah xde buku nak sambung ceritanya).
BC mengisahkan tentang Ethan Wate, remaja yang dah tak sabar2 nak keluar dari Gaitlin (siyes, tempat dia mcm terpencil 'terok'). Ethan dah lama alami mimpi tentang seorang gadis cantik yang membuatkan dia sampai tak boleh tidur (mcm pelik sikit ayat aku). Mulanya dia mcm x ambil kisah, tapi bila dia dah banyak kali asyik mimpikan perkara yag sama membuatkan dia jd mcm nak tahu siapa gadis itu.
Sampailah satu hari, hari pertama dia ke sekolah tinggi as a junior, ada seorang budak baru pindah masuk sama kelas dengan dia. (Gaitlin, tpt terpencil so, semua org kenal satu sama lain, then, penduduk sana mcm tak berapa suka dengan org luar). Namanya, Lena Duchannes. Ramai budak2 pulaukan dia sebab dia anak saudara kpd Macon Ravenwood (pakcik dia tak berapa bergaul dgn org luar) dan ada ura2 mengatakan keluarga dia 'devil worshipper'.
Ridley Duchannes, dark caster ada mata warna emas lain macam light caster warna hijau |
ok, itu baru satu konflik, konflik seterusnya, mengenai sejarah 'tok nek' Lena dgn Ethan. Sejarah inilah menyebabkan semua caster perempuan dlm susur galur Duchannes tak boleh pilih Light atau Dark. Rupa2nya, great great nenek Lena, Genevieve Duchannes bercinta dgn abang great great atuk Ethan, Ethan Carter Wate (dlm movie x gtau psl ni, baca novel). Semasa Perang Saudara, abang moyang Ethan mati kena tembak masa dekat pertempuran Greenbrier. Genevieve pulak dgn great grief cast jampi terlarang untuk hidupkan semula kekasih hatinya. Malangnya, jampi itu membuatkan dia di-claim oleh Dark dan sumpahan itu berterusan ke atas keturunan perempuan Duchannes. lagi malangnya, Ethan Carter Wate tu hidup kejap je. Kalau dlm movie tunjuk Genevieve yg cekik dia betul2 lps lelaki tu hidup balik sbb lps kena claim dgn Dark, Genevieve jadi jahat sgt2 sampai x sedar apa yang dah buat. tapi kalau dlm novel, lain sikit - Genevieve cari2 dulu jampi yang boleh hidupkan semula Ethan tapi jampi tu dpt hidupkan Ethan sekejap shj (kiranya bukan Genevieve yg cekik sampai mati balik) then dia di-claim oleh Dark kemudian dia menyesal sampai mati pastu sumpahan tu berterusan ke anak cucu dia. Lena dan Ethan dpt tahu mengenai 'tok nek' mereka pun dari loket lama yang Ethan jumpa. Bila Ethan dan Lena sama2 pegang loket tu, mereka akan dpt vision apa yg terjadi (part ni aku x berapa faham mcm mana loket tu boleh berfungsi cenggitu). Kemudian bermulalah pencarian mereka untuk hapuskan sumpahan itu.
Lena dan Ethan baru tahu kaitan antara mereka berdua |
Konflik lain pulak melibatkan mak Lena, Sarafine Duchannes, yang merupakan Dark Caster yang paling kuat. mak cik tu hidup dlm bayang2 dan dia merasuk mak kawan Ethan, Mrs Lincoln merangkap jiran Ethan jugak. Mak cik tu nak Lena jadi jahat atau keluarkan sifat2 jahat dlm Lena supaya dia di-claim oleh Dark. Semua caster percaya Lena ada kuasa yang sangat kuat - lagi kuat dari mak dia-. So, mak Lena nak gunakan Ethan sebagai umpan nak jadikan Lena dark caster yang berkuasa dan boleh capai hasrat jahat mak Lena.
masa scene ni aku rasa pelik sebab Lena nampak macam baik sgt dgn Ethan. Rupanya Lena nak hapuskan memori Ethan. |
masa mereka bertiga jumpa Book of Moon |
Kemudian, sampai la ke bab yang sedih dlm cerita ni. Lena jumpa cara nak hapuskan sumpahan tu iaitu dengan bunuh orang yang dia sayang as a reverse action of Genevieve yang cuba hidupkan semula orang
Lena turunkan salji as part of Ethan's wish nak ada salji masa date. Esoknya, Ethan dah tak kenal Lena. |
Ending cerita ni kena tengok sendiri panggung atau tunggu beberapa bulan pastu download..huhu..
Keseluruhan cerita, aku puas hati dengan movie maybe sebab aku tak baca novel dia. Zaf cakap agak banyak yg tak sama dengan novel tapi ada ke movie yang sama dengan novel? Honestly aku cakap, aku tak tahu apa2 pun pasal movie ni, tau2 je Zaf dah ajak tengok kat panggung. Novel dia ada juga aku jumpa dulu (masa tgh cari Insurgent dengan The Power of Nine), tapi aku tak beli pun dan disebabkan aku tak baca lagi novel tu, aku nak fokus masa wayang tu sebab nak fahamkan cerita tapi HAMPEH!!
ada seorang pakcik ni, duduk sit betul2 belakang Zaf, dari awal cerita sampai habis BERDENGKUR!!!!
homaigad2x!!!tension gilerr arr. Kawan sebelah dia dah banyak kali kejutkan dia tapi tertidur jugak. Rasa macam dia bayar tiket wayang sebab nak tidur dalam panggung kot!!
#lepas ni tengok Fast Six pulak (teruja!!!) tapi tak ada 'kaki' nak tengok sekali ='(
Comments
Post a Comment