last day in Sabah..aku demam!!! hukhukhuk..takde selera makan semua, adoyy, semua member CDS dah tegur pesal muka aku sememeh je..kalau tak, aku laa orang yg paling girang gumbira ala2 ribena duk suruh dorang posing utk gambar..takpun ke hulu ke hilir 'lone ranger' ala2 wild photographer, duk snap gambar ntah paper sampai sendat memory card aku..hahaha...
pagi2, lepas check out kat rest house KK, ramai2 naik bas pergi ke destinasi seterusnya, MONSOPIAD CULTURAL VILLAGE..otw ke sana, pakcik driver bus singgah satu tempat ni <ala2 kopitiam> utk breakfast termasuk laa dia sekali <dia yg paling laju sekali pergi kedai tu>..aku? join je laa Zaf, Mira dgn shaz breakfast..Mira memang makan byk gilerr <dia sendiri mengaku>...aku bungkus roti je, Zaf dgn Shaz makan yg goreng2...lps breakfast, naik bas, makan panadol, aku duk 'berkhalwat' kat seat belakang sekali, tidur..zzZZZzzzz...terpaksa tinggalkan Zaf duduk sorang2..sowyyy..
sedar2, dah sampai Kg Monsopiad..hahaha..tu bukan nama sebenar dia ea...mula2 sampai, aku tak berapa nak ambil peduli sgt dgn hal sekeliling sbb kepala mmg rasa berat sgt..nak nangis guling2..yg lain pulak, duk sakan bergambar ke hulu-hilr, atas jambatan laa, hape laaa..jelly I!!
|
sebelum tour bermula, bergambar dulu |
tiket masuk Monsopiad Cultural Village ialah RM20 tp CDS cover sploh ringgit, so, masing2 kena bayar lg sploh ringgit. Disebabkan aku jelly sgt dgn yg lain, aku gagahkan diri jugak nak ikut dorang tour kampung tu <xde laa kampung sgt, tgh bandar kowt>..kiteorang dibahagikan kpd 3 kumpulan dgn satu tour guide. group aku semua budak2 perempuan biomed..thankfully...
1st sekali, group aku pergi THE HOUSE OF SKULLS..rumah ni menempatkan tengkorak2 musuh Monsopiad..ikut cerita Abg calvin (tour guide kiteorang), Monsopiad ni dari suku kaum Kadazan (kaum terbesar di sabah) dan dia penggal kepala musuh2 dia sbb nak lindungi kampung dia dari 'penyangak2' yg dtg ke kampung dia utk ambil hasil tanaman padi dorang..dia digelar 'THE HEADHUNTER"...ikutkan asal headhunters yg sebenar dtg dari kaum Murut..memang adat kaum Murut utk penggal kepala seorang musuh dorang sbg syarat perkahwinan dan musuh tu selalunya dipilih oleh pengantin perempuan tu sendiri *creeps*
adat ni sbg tanda yg lelaki tu boleh dan layak untuk menjaga keluarga dia nnti. <aku dah pesan kat Zaf jgn minta pelik2, kihkihkih>
|
nampak x tengkorak yg tergantung kt atas tu? |
|
bergambar dulu sebelum ke tempat lain |
kat Rumah Tengkorak ni ada byk sejarah tentang keluarga Monsopiad..waris Monsopiad masih lagi tinggal kat rumah tu..pameran kat tingkat atas, dorang tinggal kat tingkat bawah..sebelah rumah tengkorak tu pun ada rumah waris Monsopiad jugak -sebelah kanan, waris ke-6, sebelah kiri, waris ke-7 - ada jugak cerita pasal BOBOHIZAN, which is bomoh perempuan..bobohizan ni laa yg akan perform offering utk nenek moyang dorang..waris ke-6 Monsopiad merupakan bobohizan yg terakhir sbb waris ke-7 dah ada pegangan sendiri means that dia dah ada agama sendiri. dalam rumah tu ada byk lg barang2 psl kaum kadazan..kalau pergi sana, dengar laa baik2 penerangan tour guide tu..
lps tu, ada BATU NENEK MOYANG..sejarah batu mmg best...org2 dulu ambil batu tu dari Pulau Gaya bawa dgn 2 rakit ke kampung tu..sbb batu tu katanya boleh pulihkan kampung dorang dari wabak penyakit...ada laa ritual2 dia yg dibuat oleh bobohizan dan dkt keliling batu tu ada mcm tanjak (or whatever it is) ada 7 semuanya, dlm tu letak tengkorak musuh sbg tanda amaran pd lanun2 yg ada niat nak dtg menyerang yg berbunyi "KALAU BERANI, TRY ARR..KEPALA KAU MASUK BENDA TU" hehehhe jkk...
#masa ni abg Calvin byk gila buat lawak, ehem ehem ramai yg terpikat...
then, kiteorang pergi ke HAMIN DO KAKADAZAN means rumah kadazan (kalau tak silap)..dlm tu tunjuk laa rumah orang kadazan ni mcm mane..ada 6 biji gong, ada satu bilik je (utk mak ayah), anak2 tidur ruang tamu..kalau ada nak2 yg dah kahwin, dia akan pindah ke rumah lain...hmmm, maybe ada segelintir org melayu yg suka adat ni...there's not much we can see here..
#time ni aku dah berpeluh satu badan, demam mula nak kebah
|
ulat sagu yg comel..hukhuk *tersedak |
the best part of all!! hahaha.. makan ulat sagu..kat sini, abg Calvin tunjukkan cara2 nak buat sagu, lepas tu dia kata "alamak ulat sagu dah habis laa, tinggal kepala je atas ni, maybe kumpulan sebelum ni dah makan kot" ok, time ni semua ucap syukur ALHAMDULILLAH tp baik punya timing, ada pakcik ni dtg bwk 'stok' ulat sagu fresh dari kayu tu..homai2x..aku awal2 senyum jek, xkan aku nak try mende tu, nasi pun aku x tertelan...byk kot pakcik tu bg..aku ada laa pegang2 je ulat tu..nampak mcm lembik berair tp tak pon..dia mcm berbulu halus sikit..ramai yg geli2 dgn ulat tu termasuk laa abg calvin..hahaha..dia berdiri jauh2 je..sengal betul!! beria cerita psl ulat sagu tu tp pernah mkn sekali je pun ulat tu..hahaha..group aku 2 orang makan ulat sagu termasuk laa Mira!!! hardcore betul kwn aku tu
lepas dah kenyang dgn aksi 'hardcore' tu, kiteorang try permainan or dulu takde laa ckp tu permainan..lastik dgn buluh tu..tak ingat pulak apa namanya..yang buluh tu, abg Calvin ckp, orang dulu guna utk seberang sungai tapi sekarang pakai utk permainan masa pesta..
|
abg Calvin tunjuk demo |
next is, Cultural dance..ada byk jenis dance..persembahan ni ada ikut jadual, kirenye, kiteorang berhenti jap tour, sambung lps dance tu..huhuhu..setiap kali habis satu jenis tarian, penonton boleh try sekali atas pentas dgn penari2 tu..huhuhu..aku try yg dance buluh tu..perghh sikit lg nak 'shuffle'..hahaha..laju kot, dgn takut kaki tersepitnya..hahaha..Zack siap tegur aku "haih, dah tak sakit dah?" sengal punye soalan!!! jenuh berjalan keliling kampung tu, tipuu arr kalau x kebah demam tu..hahaha..nasib baik aku tak layan sgt demam aku tu..huuu..
kumpulan aku mmg lambat gilerr habis tour kampung tu..hahaha..next is, tempat nak 'wain' or tuak or air tapai...kat situ ada laa tunjuk bahan2 nak buat 'wain' tu....time ni disebabkan aku dah kebah demam, aku pegi bedal tnye mcm2 soalan kat abg Calvin sampaikan tuhau tu pun aku tnye mende dan apa kaitan dia dgn nak buat 'wain' tu..hahaha..
#tuhau= buah oren yg kecik2 (if i'm not mistaken)
|
cara2 membuat air tapai |
|
api yg 'segan' |
lepas tu pergi tempat 'fire making' secara tradisional <maafkan kesalahan tatabahasa saya, ampun2x> brader tu rilek je buat api tu..gosok2 pakai kayu buluh, dlm tu ada sabut kot, hehehe, disebabkan aku ni rendah2 alam, dgn jalan lambat kena laa berdiri kat belakang, so, aku nmpk mana yg termampu laa...<budak2 perempuan biomed ni tinggi jugak ea> member aku dari group lain tiba2 menyelit nak try jugak buat api tu, tapi malangnya, api itu tak mahu hidup..tak kira laa sebanyak mana pun urat lengan kau tu kelihatan..puiiii...hahaha...he needs more practice..
lepas tu, sebelah dgn tpt buat 'wain' ada tpt proses padi..ada 2 alat, satu tradisional satu lagi moden sikit..abg Calvin citer yg alat2 yg moden sikit tu, dorang dpt hasil dari pertukaran dgn saudagar Cina..ooooOOooo...
lepas tu naik Tangkob or tempat simpan beras...
|
bergambar dgn abg wan 'waris kelapan monsopiad' wakaka |
'click' sana 'click' sini..then, sampai laa kiteorang semua kat souvenier shop..muahahaha..walaupun harga mahal sikit dlm ni tp aku tetap beli kat sini..aku jumpa satu bookmark yg dah lama aku cari kat Borders, MPH mahupun Popular, satu tpt pun aku x jumpa tp aku jumpa kat Sabah..gila jauh aku pergi baru jumpa!!! cantek sgt bookmark tu and ada tengkorak hanging kat dia..hehehe..well, Monsopiad is the famous headhunter, right? mcm biasa, aku borong fridge magnet (aku beli satu masa kat rumah terbalik)...kat sini pun aku beli gak sbb fridge magnet tu mcm unik..x boleh beli kat tpt lain, that's why aku beli gak walaupun harganya..hmmmmmm...dlm aku tgh dok belek2 brg dlm kedai tu, Zaf, Mira dgn Shaz sempat borak2 dgn abg calvin, and dia offer kalau nak dtg sabah lagi and nak tour guide, boleh call dia...hmmm *thinking* maybe...<mira dpt card dia (-.-")> *jelly kejap*
|
tepi laut |
lepas dah habis ronda2 Monsopiad Cultural Village, singgah PHILLIPINE MARKET utk sambung shopping sampai petang..hahaha..mula2 tengok2 laut dulu..masa ni semua dah bertebaran..aku jln2 dgn Zaf, Mira dgn Shaz je..lepas tu pekena kelapa laut segar..terbaik arr..nasib baik zaf memahami kehendak aku yg mengidam air kelapa dari malam dinner kat Tg Aru lagi..hukhukhuk...satu biji kelapa yg sejuk RM3..masa tengah gigih mengikis isi2 kelapa tu, ada laa peminta sedekah tarik2 baju aku, tepuk2 bahu kiteorang minta sedekah..<aku bukan nak kedekut or what-so-ever> tapi aku mmg tolak awal2 nak bg dorang sbb kawan aku yg study kat UMS dah warning aku awal2 yg kat situ ada ramai peminta sedekah tp dorang bukan orang situ pun..plus, masa kat pasar tu, kena jaga2 brg2 korang sbb ada pick pocket..tau2 je barang dah hilang..fuhh, nasib baik laa time pergi tu takde apa2 buruk yg terjadi...
|
kelapa segar |
lepas dah minum, sambung jalan2, tengok2 kuih cincin (menyesal aku tak beli, sedap sgt!!!), mira cari kolagen rumpai laut utk classmate kiteorang yg kirim..huhu..selebihnya, aku usha2 je barang2 kat situ..kena tengok harga dulu, takut ada tempat lain boleh dpt murah..one thing dun forget about sabah is MUTIARA!!!
|
shopping utk insan tersayang |
banyak gila mutiara cantik2 and mmg kena pandai tawar harga..kat pasar tu, barang yg boleh tawar habis2an - mutiara, kolagen, kuih cincin- hahaha..kalau tshirt etc etc tu mcm payah sikit..kena pandai cari tpt laa...aku beli jam mutiara (sama dgn Zaf!!!huhu), kolagen utk along aku, kerongsang mutiara (sbb kongsi dgn Zaf beli 12 dpt harga rm50, bahagi 2 dgn zaf) and tshirt (nak beli tshirt yg matching utk aku, Zaf and Bal)..tshirt tu kiteorang beli kat satu kedai kat bahagian belakang2 sikit, kedai tu taukenye orang Cina..tshirt glow in the dark dpt harga rm14!! kalau kat kedai lain or kat pekan Nabalu, harga tshirt glow in the dark rm20-rm25, woooo...nasib baik aku tunggu jugak sampai ke KK baru shopping..kalau x, mau aku menangis!!!
kalau nak beli kolagen pulak, dia pack ikut berat - 500g dgn 1 kg- and 3 jenis gred..yg paling elok warna hijau (AAAAA) yg ni katanya amik dari laut dalam..2nd warna merah (AAA) kurang sikit dalamnya, 3rd is warna kuning (A)..hahaha..aku beli yg warna hijau 500g harga rm12, ok x? ok laa kot..huhuhu..setiap gerai yg ada, jual benda yg sama - kolagen, kuih cincin, kerepek, sabun kolagen- tp harga kena pandai tawar...
memang penat wooo shopping kat situ lagi2 kalau menapak satu2 kedai..kalau dah shopping dgn dorang (lg2 Zaf) memang kena kuat fizikal dan mental..dgn nak tunggu dorang tawar-menawar, pilih-memilih lagi (aku kan baru nak baik demam), aku keluar kejap dari kedai tu, duduk kt luar, ambil angin..dorang dah habis, dorang kol..huhuhu...
|
tg aru best!! |
|
my dream honeymoon..kihkihkih |
lepas dah habis shopping, singgah masjid kat situ utk solat and naik semula bas utk ke Tg Aru utk dinner b4 pergi KKIA..homai, dah nak balik dah!!!...singgah Tg Aru, makan2 (aku tak makan, tekak tak selera lagi, hukhuk), sempat tengok sunset!!! cantek sgt..nasib baik laaa sempat gak tengok sunset kat tg aru..huuu...tgh dok sedap2 nak snap gambar, ada laa couple ni, dok posing2 kat situ..hissshhh, serabut betul..tp takkan laa aku nak halau pulak kannn..tu bukan pantai aku pong..so, aku redha je laa, snap gambar dorang and namakan gambar tu 'My Dream Honeymoon' hahaha *sabarr je laa*
#disebabkan pengaruh Hlovate, aku nak pergi Karambunai, aci x? huhuhu
|
hasil seni khairul muzamir |
finally, sampai laa KKIA..masa ni laa semua dok betul2kan luggage masing2..masukkan brg2 yg dah borong tu semua..ada yg dah beranak-pinak beg tu pun, ye gak.. hahaha..kat sini, aku dah tak malu dah dgn beg aku yg besar tu..kihkihkih..sementara nak tunggu check in bagai, ada yg pergi mandi, cuci2 muka and solat..lepas tu, aku n the gang g serbu 'Rest & Go' <alaa yg kerusi urut tu>, kiteorang duduk laa kat situ sampai puas..hahaha..aku duduk dkt 12 minit gak laa..lepas satu-satu, aku masukkan duit seringgit tu..best gilerr..yg ni, aku mmg cari kerusi urut ni pun..masa kat Tg Aru, ada kerusi urut tu tp x sempat nak try..pakcik bas sikit lg nak tinggalkan kiteorang..masa sampai KKIA, Zaf org 1st nmpk kerusi tu...hahaha..
masa kat KKIA ni, thanks a lot to parents Zack sbb byk sgt tolong kiteorang..ayah Zack sempat ajar kiteorang bahasa Sabah..hahaha...ayah Zack peramah, mak dia senyumm je..sweet pulak aku tengok..hihihi...dah selesai segala urusan, board the plane (10.30 pm) smpi KLIA dekat pukul satu..sebelum tu, sempat gak buat drama kejap..budak2 lelaki saja duk pakat nak kenakan aku dgn classmate (lelaki) aku..entah camne, boleh pulak dpt seat sebelah2 <choyy> nasib baik laa kaww timm dgn Abg Wan (senior biomed merangkap MEP pemantau program) nak tukar seat dgn aku dan shaz pulak nak duduk tepi tingkap...aku duduk tpt Shaz, Shaz tpt Abg Wan, Abg Wan pulak duduk tpt aku..wakakaka..siyes, kelakar gilerr muka Julamri masa tu..takkan dia halau Abg Wan kowt...
dlm flight, aku tidur jek..<bengkek sikit dgn stewardess yg lalu-lalang pastu terkena tgn aku, kacau aku nak tidur betul> dah sampai KLIA, naik bas, kena pergi LCCT dulu, amik budak2 yg naik Air Asia then baru sampai KTSN pukul 3.30 pagi..sumpah, penat gila..aku memang mamai gila dari dlm flight sampai laa ke KTSN..aku mmg imoress dgn diri aku sendiri yg berjaya turun plane, naik bas, dan menapak ke bilik aku yg tingkat 4 tu dlm keadaan yg mamai mcm hape tuh..sampai2 bilik, cuci2 muka sikit, terus DUMM atas katil..
esok pagi, sedar2 dah ada atas katil..weeeeee...nasib baik kelas pukul 11..itupun terpaksa minum nescaffee nak hilangkan mengantuk..hurmmm...seperti biasa, kalau lps naik cuti pun, gosip2 sepanjang minggu dgn Bal and Fara pasal Sabah..hehehe...
#lepas ni, aku and the gang join BASISKA kat Batu Pahat (semata nak HC) and teater ICAF (merit super mega, hopefully)-ada Abg Wan sekali and aku pegang watak 'Mak'? hahaha 1st time kot masuk teater, hope menjadi laa lakonan aku tu-
# aku kirim kuih cincin kat zack sempena dia balik nak mengundi ni..hehehe..harap2 dpt laa kuih cincin tu..
# no more update maybe until before study week and then after final. i've got to focus on my study and PNGK
Comments
Post a Comment