Cinta Desa Siswa, Sabah #part 2

esok pagi2nya (jumaat), kiteorg semua bersiap-siap untuk Ranau pula..kenapa Ranau? bukan sbb Hot Spring Poring mahupun Fish Spa Luanti tetapi tujuan utama program Sabah ni adalah program bersama pelajar2 SMK Lohan dan klinikal bersama penduduk Kg Lohan Satu di Ranau...

duta kecil Pekan Nabalu..hikhik
seperti biasa kalau aku dlm perjalanan yg jauh melebihi 2 marhalah, aku akan tidur sepanjang-panjang perjalanan tu <satu kerugian> sbb view memang cantik..ada sekali tu aku terjaga, tengok2 ada view gunung-ganang..siyesly, WOW!!! dan seorang member aku (orang Sabah) dia dah sibuk kejutkan budak2 yg tgh tidur sbb kat luar tingkap bas ada Gunung Kinabalu...untuk 1st time tengok <mcm aku> memang terus dah tak tidur.dan nasib baik driver bus berhenti sekejap dkt Pekan Nabalu..masa tu laa aku ambil kesempatan nak usha2 dan tangkap gambar Gunung Kinabalu.

dekat Pekan Nabalu ada byk gerai2 yg jual souvenier - keychain, fridge magnet, gong pun ada jugak plus mcm2 jenis t-shirt (glow in the dark!!) - aku usha2 gitu je brg2 tu sbb aku rasa terlalu awal nak shopping plus Zack dah ckp awal2 kat KK boleh dpt lg murah. aku dgn Zaf pulak pergi mendaki menara ni semata2 nak tangkap gambar Kinabalu...hmmm, masa ni x berapa nak cantik sgt sbb puncak gunung Kinabalu kena tutup dgn awan (tu laa, tinggi sangat gunungnya) but better nmpk dari xde langsung, kan?

Pekan Nabalu lebih kurang dah 3/4 perjalanan ke Ranau..lepas Pekan Nabalu, kiteorg lalu Kundasang..heee..nmpk laa teres2 ladang teh tu...cantek sgt...walaupun driver bus bwk agak mcm 'pelesit' maybe dah biasa jln2 kat situ tp jgn risau sbb jalan2 kat situ ok..tak laa teruk sgt in fact jlnnya tak sempit...tak lama lepas tu, kiteorg pun sampai REST HOUSE LOHAN...satu bilik 5 orang - aku, Zaf, Mira,Shaz, Kak Biha - semuanya biomed..check in dlm pukul 12 lebih, x sempat nak bermalas-malasan atas katil, terus siap2 nak ke HOT SPRING PORING!!!!

mati2 kiteorang ingat kat situ ada air panas je..rupa-rupanya ada KEBUN KUPU-KUPU, CANOPY WALK, dgn AIR TERJUN..ada 2 air terjun, air terjun KIPUNGIT dgn LANGANAN..tp sempat pergi yg KIPUNGIT je sbb yg tu yg terdekat sekali..masing2 dah tak larat nak mendaki..hikhikhik..

dekat entrance hot spring Poring
tiket masuk tempat2 tu murah sahaja (lain2 tpt, lain tiket masuk)..boleh laa sediakan dlm rm20 termasuk utk kamera..bg sesiapa yg nak pergi PORING ni better bwk kasut sukan sbb nak jln2 ke air terjun laa, nak naik ke canopy walk tu semua..adoyyy..utk kiteorg yg tak tahu apa2 ni, bedal je naik turun gunung pakai sandal dgn selipar jamban <mati2 fikir ada air panas je>







lepas mandi2 sekejap dkt AIR TERJUN KIPUNGIT, elok je hujan..habis basah kuyup semua orang..hehehe..sejuk sgt!!!..program utama tak start lagi, tp ramai yg dah ada possibility nak demam..hehehe..selepas berjaya mengharungi hujan tu, sempat laa rendam2 kaki sekejap kat kolam air panas <finally!!>..kolam air panas kat situ ada 2 tempat - terbuka dgn tertutup- tp untuk tertutup kena bayar laaa..mulanya ingat dah malas nak rendam2 kaki tu tp bila tengok kat tpt persalinan pun dah ramai org, so, masing2 decide rendam je laa dlm air panas pastu selambe jek naik bas dgn basah-kuyup tu..hehehe..sejuk gilerr lagi2 bila terkena aircond dlm bas tu..







ikut plan asal, lepas air panas Poring, kiteorg pergi Fish Spa Luanti tp plan was cancelled sbb air sungai naik, ikan2 tu taknak muncul..hmmm...balik semula ke Rest House..rehat2, mandi2, lepas tu dinner like seminggu 'kelaparan'..huuuu...

nature is beautiful















setiap signboard mesti ada gambar


posing dlm gayat













view from canopy..gayat wooo..







air terjun Kipungit












demo game







malamnya, ada perjumpaan utk program di SMK Lohan..exco program, Julamri, terangkan psl aktiviti2 yg akan dilakukan bersama pelajar2..mcm2 laa game nak buat..basically, kiteorg main game shj..xde talk or ceramah hape2 ntah..kiteorg x layak lg nak bg ceramah...

kami PC CDS!!!

















Comments

Popular Posts