Sains Bioperubatan Tahun 3, Sem 2 #hatikenasado

Semester baru, semangat baru, cabaran baru.. so, hati kena sado!!!!!

Baru je 2 minggu sem baru bermula, assignment dah berderet bersusun due date. Hahaha.. membebel je kat sini..

Kursus yang kami ambil sem ini adalah;

- TOKSIKOLOGI

Kalau tahun 2 dulu belajar tentang drugs, kali ini tentang bahan toksik pulak. Kalau dulu ada istilah ‘farmakokinetik’ dan ‘farmakodinamik’, kali ini ada istilah ‘toksikokinetik’ dan ‘toksikodinamik’. Bagaimana bahan-bahan toksik itu bertindakbalas dalam tubuh badan kita dan memberi kesan toksik pada kita.

Tahukah anda? Kucing akan mati jika diberikan paracetamol walaupun hanya dengan separuh tablet dos? insya Allah, kita belajar sebab-musababnya dalam ni..

- PATOFISIOLOGI

Kalau kursus sebelum ni lebih kepada anatomi dan perubahan histologi pada sistem tubuh, kali ni belajar tentang perubahan fungsi sistem tubuh dan semuanya berkaitan. Disebabkan dah berapa tahun belajar patologi ni, jadi, kelas lebih banyak tertumpu pada perbincangan kes. Markah penilaian berterusan pun berdasarkan keterlibatan kami semasa perbincangan dan banyak lagi tugasan. Semuanya SLP (self-learning package).

- BIOSTATISTIK GUNAAN

Tengok nama pun dah tahu, kali ini kita akan guna segala yang dah dipelajari semasa sem lepas dalam BIOSTATISTIK dan buat project research. Kursus ni untuk persediaan kami untuk buat thesis final year project sem depan.

Nak mensi jugak, kursus ni banyak discussion berkumpulan dan perjumpaan dengan supervisor. Tetiba terdetik dalam hati, aku dah nak grad *wakakaka*

- BIOLOGI MOLEKUL LANJUTAN

Kesinambungan dari kursus BIOLOGI MOLEKUL ASAS atau nama senang paham adalah GENETIK. Belajar tentang DNA, RNA, bakteria, virus, lab work. Sesiapa yang berminat nak sambung belajar ataupun buat kajian dalam bidang molekular biologi aka genetik ni, ini laa soulmate anda.

- PROSES TEKNOLOGI INDUSTRI

(tak boleh cerita panjang lebar lagi sebab tak masuk kelas dia lagi) 
kebanyakan kelas untuk kursus ni adalah presentation. Pelajar akan dibahagikan dalam 10 kumpulan dengan seorang pensyarah sebagai supervisor. Cari artikel tentang tajuk yang diberi dan presentation berdasarkan artikel tersebut, bermaksud kena kritik artikel tersebut.

- PENYAKIT GENETIK (elektif)

Kursus ni adalah elektif. Kiranya kita boleh buat pilihan nak ambil kursus ni atau lagi 2 kursus yang dibuka sem ni. So, aku pilih kursus ni sebab kursus ni ada sekali sahaja kelas, sekali presentation, sekali lawatan, sekali tugasan (video), sekali kuiz dan tiada final exam. Cumanya setiap tugasan tu kena banyak discussion dan perjumpaan dengan pensyarah.

Disebabkan sem kali ni kelas kami semuanya 8 am – 5 pm, jadi, aku fikir aku baik aku ambil kursus ni.

Kalau ada yang tak berminat genetik, boleh pilih kursus HEMATOLOGI DAN SAINS TRANSFUSI LANJUTAN ataupun MIKROBIOLOGI PERSEKITARAN.

Hemato takde siapa pun nak ambil memandangkan sem lepas dah ambil yang biasa punya, makanya, ramai yang ambil mikrob. Alasannya sebab kursus ni ada fieldwork. Boelh jalan-jalan. Sesiapa yang kaki jalan melihat keindahan ciptaan tuhan sambil2 tu ada keinginan nak belajar tentang environment, dipersilakan ambil.

- DIAGNOSIS INTEGRATIF II

Kami panggil kursus ni ID. Sem ni amali adalah amali toksikologi. Amali ni berlangsung selama sebulan, habis sebelum kami ke PPUKM. Amali kali ini berbentuk mini projek and yes, untuk melatih kami bersedia untuk final year project.

Amali ni kami akan menggunakan haiwan makmal iaitu cik tikus. 12 ekor satu kumpulan. 

Sadokan hati, sadokan hati.

Lepas dah habis semua kuliah dan presentation, kami semua akan buat KEPANITERAAN di PPUKM selama 4 minggu (dalam jadual tulis gitu, 4 minggu)

*’attachment’ tu bukan Latihan Sangkutan’ tapi KEPANITERAAN (baru tawww)

Haaa, ini laa dia apa yang aku boleh ceritakan apa yang aku dan kawan2 semua akan belajar dan tempuhi sem ni. Setiap apa yang kami dah belajar sebelum2 ni baru nampak kegunaannya kali ini. Lagipun kali ni belajar dah tak banyak teori, kebanyakannya application. Kalau teori pun belajar dulu kat bilik berdasarkan bahan2 tambahan yang pensyarah dah bagi then dalam kuliah kami cuma discuss sahaja.

Sem kali ni jugak berat sikit. Masing-masing dah mata panda je pergi kelas. Ada seorang kawan aku pun tidur satu jam je semata nak siapkan semua assignment. Ye laa, kalau semua nak tunggu hujung minggu, memang tak terjamin kerja tu akan siap.

Dalam kami semua dalam kemelut kekalutan nak siapkan segala tugasan dan mengejar due date, pasti ada terdetik di hati 1001 macam alasan yang hendak diberikan supaya kita menagguhkan kerja takpun kita mengalah kerana merasakan kita tak punya cukup kudrat atau bantuan untuk mencapai apa yang kita hendak

Pada saat dan tika itu ingatlah kata-kata ini

‘KAU PUNYA ALASAN YANG BANYAK’


Comments

Popular Posts