Marah, Murah, Maaf

Marah.

Marah. Apa yang kita boleh katakan tentang marah? Marah itu api, api itu syaitan..ok, ada laa jugak kaitan. Dan bila kita marah, tak kira siapa di depan kita, habis akan dihambur oleh kita yang sedang marah. 

Maksudnya marah buat kita hilang pertimbangan. 

Orang yang sedang marah adalah orang yang buta < Anger clouds our judgement >. 

Masa kita tengah sedap layan perasaan marah, kita rasa kita adalah orang yang paling benar sebenar-benarnya di dunia ni sebab tu kita luahkan apa sahaja di hati. Dan sebab tu jugak ada pepatah yang lebih kurang berbunyi seperti ni

‘marah hanya menunjukkan kebodohan individu tersebut’

Dan bila awan-awan kemarahan tu dah berlalu pergi, mentari kesedaran pun menjelma dan kadang-kadang disusuli dengan tiupan angin penyesalan. Menyesal dengan apa yang kita dah cakap, buat pada ‘punching bag’ kita kemudian kita pun cakap “Maafkan saya” (ayat piawai bahasa Malaysia).

Satu perkara yang kita selalu fikir adalah semua perkara selesai dengan kata-kata maaf. 

Yup, memang betul pun..sebagai seorang muslim, kita hendaklah menjadi seorang yang pemaaf dan berlapang dada maksudnya kita maafkan orang yang meminta maaf dan lupakan apa yang dia dah lakukan pada kita. 

Tapi dalam cerita ni, minta semua fokus pada si peminta maaf dan kes ini adalah si peminta maaf adalah seorang hamba kepada sifat pemarah
.
Cuba bayangkan apa yang akan terjadi selepas si peminta maaf tu dapat kemaafan. Ok life must goes on, then? Tiba-tiba dia naik hantu lagi. Habis dilepaskan semua kemarahan dia pada ‘punching bag’ dia kemudian dia tersedar dan kemudian dia minta maaf lagi sekali.

Moral of the day, selagi kita tak boleh kawal kemarahan selagi tu kitaran ni takkan berhenti.

Dan dalam konteks perbincangan kita, adakah kata-kata maaf si peminta maaf itu mempunyai nilai?

Pengetua sekolah aku pernah cakap, dalam kita hendak meminta maaf, kata-kata maaf sahaja tidak mencukupi, kita perlu nyatakan apa kesalahan kita. 

Persoalan seterusnya, adakah kita akan nyatakan kesalahan kita tu kalau kita betul-betul menyatakan kata-kata maaf itu? (soalan untuk orang yang ego besar). 

Dan kalau kita betul menyesal, adakah kita akan lakukan lagi kesalahan tu?

Aku pernah buat statement ‘orang yang jadi hamba pada sifat pemarah ni murah kata-kata maaf dia’
Sebab dia suka-suka melenting, layankan sangat api dalam jiwa dia kemudian senang-senang minta maaf, cakap tak sengaja.

Sabar itu separuh dari iman. Kalau sabar itu tiada, yang ada adalah marah, agak-agak apa khabar iman kita?

Aku pernah jumpa orang yang baru je lepas marah orang yang sepatutnya dia sayang dan bila ditanya kenapa marah sampai macam tu sekali, jawapannya adalah “saya memang pemarah orangnya. Tak boleh nak control”
Pendapat anda?


Comments

Popular Posts