Rant on Idolatry; Siapa? Siapa di hati kita?
Dua orang pelajar berjalan ke kafe. Dua-dua
terjenguk-jenguk kepala cari tempat duduk kosong. Almaklumlah dah nak tengah
hari, breakfast pun sebelum pukul 7, perut dah sah-sahlah tengah tuning pop
country...
Sambil menikmati claypot yee mee campur
telur yang femes, Mona memulakan perbualan,
“kau pehal hari ni? Senyap je, duk
termenung je... kau duk fikirkan apa?”
Lola hanya menggeleng. “tak ada apa. Aku tengok
Supernatural semalam”
Mona mengacau-ngacau claypot yee mee-nya. Panas
berasap lagi ni.
“motif laa sampai termenung camtu sekali”
“sumpah siyes deep gila episod yang aku
tengok semalam”
“deep? Pasal apa? Aku dah lama tak
follow..takut dowh cerita dia, takut iman tak kuat”
“janganlaa fikirkan jalan cerita dia yang
tak betul tu. Tapi semalam aku tengok balik season 5 punya episod. Dalam tu Paris
Hilton jadi guest actress. Dia jadi watak ‘pagan god’ yang bunuh orang-orang yang
suka pergi satu muzium patung lilin kat bandar tu dan dia ni jenis yang boleh
ambil infinite forms ikut orang yang dipuja.
Ikutkan sebenarnya dia cuma boleh makan or ‘sacrifice’
orang yang puja dia sahaja. Tapi kes kali ni, dia bunuh peminat pelumba kereta,
peminat Abraham Lincoln dan peminat Paris Hilton.
Last sekali, Sam dengan Dean kena tangkap
dengan si pagan ni laa. Sam tanya laa kenapa bunuh orang-orang yang bukan puja
dia pun, in fact tak kenal dia pun. Kiranya dia ni tuhan dari Old Age laa.
Then, Si pagan ni pun cakap laa, orang
zaman dahulu sanggup puja-puja, sanggup korbankan macam even diri sendiri untuk
tuhan tu tuhan ni or kuasa tu, kuasa ni. Dan zaman dah berubah makin moden
makin maju, manusia pun dah tak percaya kat dia sampai dia duduk sorang-sorang
dalam hutan. Tapi satu perkara adalah manusia tetap memuja sesuatu tapi puja
manusia lain. It’s a new concept of idolatry.
Kau percaya tak skrip dia macam tu? mindblown, campak terbalik meja!!! It’s a
new concept of idolatry. Idola, pujaan, berhala zaman moden. Tanpa kita sedar
sebenarnya dalam hati kita ada berhala. Aku rasa kalau orang Arab zaman
jahiliyyah dulu tengok kita zaman sekarang pun mesti dorang gelakkan kita dan
cakap kita ni bodoh. Kita ni hidup dalam generasi yang pandai tapi buta. Pandai
tapi jahil.”
Mona menambah “ hurmm, kalau kita tengok balik
sirah orang arab jahiliyyah dulu, mereka percaya Allah tu tuhan tapi mereka tak
boleh letakkan Allah sebagai satu-satunya tuhan mereka. Mereka ada ribu-riban
tuhan yang ada di sekeliling Kaabah masa tu dan berhala-berhala tu dalam hati
mereka. Lafaz syahadah tu memang berat bagi mereka.
Zaman sekarang pulak, kita senang angkat lafaz syahadah tu tapi dari sudut hati
ramai antara kita masih fail. Kalau masuk exam bertulis soalan ‘siapa tuhan
kita?’ mesti ramai dapat perfect score tapi kalau masuk exam practical?”. Mona menyambung
suapan yee mee.
Lola meneruskan perbualan “ zaman sekarang
kita berhadapan dengan berhala yang tak nyata. Tanpa kita sedar kita dah bawa
masuk berhala-berhala tu dalam hati kita tapi pakai macam- macam aliases. Music, drama, movies, novel tak
membina. Belum lagi dengan minat boy group, girls group, pelakon sana, pelakon
sini. Bunyi macam hiperbola tapi benda-benda tu laa yang bawa kita jauh dari
ALLAH. Rabakkan iman kita.”
Mona memandang Lola dengan penuh kasih
sayang. “ jom kita jadi macam Nabi Ibrahim yang berani hancurkan berhala yang
disembah oleh kaumnya tapi untuk kita, kita berani hancurkan ‘berhala’ yang ada
dalam hati kita.”
“bukan hati kita berdua je, tapi
sahabat-sahabat yang lain juga. Jom ramai-ramai ke syurga Allah.” Lola
tersenyum.
Kedua teman baik ini sama-sama berjalan ke
dewan kuliah sementara menunggu waktu Zohor.
*buat renungan (25:17 – 19)
hmmm mcm kenal tk kenal je kisah ni haha
ReplyDeletehahaha...main main jerr...
Deletehaha tagline sangat mainmainjer tu
Deletehaha suka betul komen kat sini..egt ni chatbox, twitter, direct message??!! hahaha
Delete