Simposium Sains Bioperubatan Se-Malaysia ke-5 di UKM

alhamdulillah, selesai sudah program terbesar yang aku join setakat ni 'SIMPOSIUM SAINS BIOPERUBATAN SE-MALAYSIA YANG KE-5'..tahun ni UKM jadi tuan rumah..fuhh, kiteorang start gerak kerja dari tahun lepas lagi..bayangkan????

dan dalam program ni aku jadi EXCO PENEMPATAN DAN PENDAFTARAN..huuu..kena buat borang pendaftaran, cari hotel yang berdekatan untuk peserta dan pensyarah, tempah dewan dan bilik2 seminar untuk sepanjang program dan macam2 lagi lahh..hehehe..ni baru part kami, kalau cerita part exco lain lagi haru...huhu..

Simpo ni start jumaat, 9 May 2014 sampai ahad, 11 May 2014..alkisahnya, pagi jumaat tu aku ada interview untuk kelas Workplace Communication II(banyak pulak tu carry mark)..aku memang dah serabut pagi tu tak tau mana satu nak fokus..tapi nasib baik kawan2 aku yang lain pun ramai yang satu kelas dengan aku, so, kami bersama-sama bersatu serabut..hehehe..pendaftarn peserta pulak start 2.30 petang, so, aku memang tak sempat nak balik kolej tukar2 baju ke hape, lepas habis interview, beli makan tgh hari, jalan kaki ke hotel penginapan peserta 'Neotel Hotel', setting tempat pendaftran then tunggu student uni2 lain sampai..

1st uni is UTAR and guess what? pensyarah pengiring dorang senior kiteorang dulu!! sempat laa borak2 jap dan dia cakap "i'm glad meeting my juniors" hehehe..and last uni is UIA pukul 12 malam baru sampai sebab bas dorang rosak tengah jalan..pukul 9 baru sampai Karak..

setiap kali ada uni baru sampai, tugas aku ialah bagi briefing mengenai proses pendaftran sebab tak nak nnti serabut dan sesak kat meja pendaftarn plus ada briefing dari Exco keselamatan iaitu Zack Rashid (salah seorang daripadanya)..ye laa, hotel tu duduk kat tgh2 KL, tgh2 Chow Kitt more specific..walaupun masing2 dah besar2, dah masuk universiti, tapi kalau bab berjimba-jimba ni rasenye xde beza darjat pon..so, kena laa brief sikit pasal public transport kalau nak pergi mana2 kt KL nih plus a few advices kalau nak keluar mana2 tu..
 nak cerita laa sikit, lepas habis urus pendaftarn UIA, aku pun nak balik laa kolej tumpang kak mira sebab dia ada kereta..bila keluar je dari pintu masuk hotel, terus ternampak ada 2 3 homeless tido terlentang kat bus stop dpn hotel *homai2x* aku nampak tapi aku terdiam *terkedu blank* kak mira pulak terus pegang tangan aku, tarik aku masuk balik dalam hotel *huaaaa T.T* kiteorang terus panggil Zack minta dia temankan kiteorang ke kereta..kak mira parked kereta dia betul2 kat depan bus stop tu..alhamdulliah takde pape jadi..sampai ke kolej safe and sound..pengalaman pertama di Chow kit pada jam 1 pagi..

esoknya, aku bertugas di kaunter pendaftarn pensyarah..memang duduk je kat situ sampai pukul 1 tengah hari..member aku yang lain duk cari2 aku *rindu aku letteww* nasib baik jugak aku tak overslept pagi tu..huhuhu..lepas dah tutup kaunter, aku dengan Shaz duduk kat DK nak tengok presentation student 4th year..dan aku sempat tengok presentation akak dari UPM yang menang best female presenter..memang mantap laa..tak tau laa aku final year nanti boleh ke x present macam dia..huuu..

aku dengan Shaz tak dapat tengok sampai habis pon sebab kiterang kena berkejar balik ke kolej untuk amik barang2 sebab kiteorang kena tido hotel malam tu..just in case ada apa2 berlaku kat peserta..and kiterang jugak handle utk check out esok pagi tu..

alkisahnya jugak, malam tu aku keluar berempat dengan zack, taufiq and fatin(jadi driver x rasmi simpo biomed), pergi makan kat QingFang, Setapak..aku makan laa apa yang dorang dah rekemenkan...sedap2..air sour plum  herbal tea *kowt* namanya pun sedap..tapi nampak gaya macam aku je yang rasa sedap air tu..dorang sempat lg tanye waiter tu xde harga untuk anak tokey ke (refer to me) siottt betol!! lepas makan, gigih betul lepas tu nak g karaoke, so, amik laa Hanna kat Plaza Rah then bergerak ke Red Box di Low Yatt tapi tak jadi sebab harganya semputtt jap..then kiteorang decide tengok movie je..bergerak pulak ke KLCC..dah laa malam minggu..memang gigih sangat meredah jammed tu semua..x dapat nak karaoke kat Red Box, kiteorang karaoke dalam kereta je laa..Zack x percaya aku tau lagu 'Can't Fight the Moonlight'??!!!

sampai KLCC, taufiq dengan Hanna je yang keluar g beli tiket wayang..aku pulak dah syahid dalam kereta kejap sementara menunggu dorang berdua beli tiket..masa tu dah pukul 12 lebih..memang gigih...dalam tengah mamai tu aku sempat minx zack belanja popcorn large untuk aku bhahahahaah!!! fyi, popcorn large tu utk aku sorang..

mulanya dorang cakap nak tengok Bad Neighbour..aku taktau tu cerita pasal pe..aku tnye laa cerita seram ke? pastu zack cakap tu cerita kelakar and ada Zac Efron..fatin pun beria cakap best cerita tu..ok, layan je laa ada Zac Efron kot..sekali bila muvie dah start, ada tulisan Thai dengan BGM serammmm..memang kena carut laa si tukang beli tiket tu kannnn..boleh pulak Zack ckp "xpe, xde Zac Efron, Zack rashid ada.." dah laa dalam berlima tu aku duduk tengah2 pastu 4 orang tu pulak duduk macam kapel2, memang forever alone aku time tu..nasib baik bekas popcorn besar, boleh laa pakai buat tutup muka aku, ada laa jugak sekali tu hampir nak tercampak popcorn2 tu, bila popcorn dah habis, aku masukkan muka aku dlam bekas popcorn tu..benci betull..lepas ni, kalau nak g tengok muvie, aku kan pastikan aku ada partner!!
tapi cerita tu memang best, terbaik selepas 4bia..tajuk cerita tu 'STILL:14,16,15,13'

on the last day, Ahad..pagi2 pukul 7 tu aku dah duduk kat lobby tunggu student2 ni hantar kunci bilik..lepas dah siap hantar, pergi check setiap bilik tu, ada x tertinggal apa2 barang or ada hilang barang apa2..just in case..lepas tu stay lagi kat hotel sampai tengah hari untuk uni2 yang belum check out..dah setel check out, kiranya tugas kami sebagai Exco P&P pun dah selesai..pergi kampus untuk dengar forum and majlis penutupan..

forum kali ni memang best..pasal karier dalam bidang bioperubatan..ingat nak buat satu entry pasal forum ni, i'm still gathering some more infos on that..majlis penutupan pulak adalah majlis penyampaian hadiah untuk presentation mengikut bidang2 tertentu seperti Infectious diseases, Community health, Toxicology etc etc.
dan buat kali kedua berturut-turut UKM menang keseluruhan..ALHAMDULILLAH..

akhirnya, segala penat lelah kami berbaloi..simposium berakhir dengan jayanya..walaupun ada masalah berlaku sebelum dan sepanjang program, tapi itu semua berjaya diharungi bersama-sama..

tahun depan UTAR pula jadi Tuan Rumah..gud lak!!!



gambar ni diambil selepas majlis penutupan..ni laa satu2nya masa kiteorang berempat dapat berkumpul sama2..sepanjang program payah betul nak berjumpa, masing2 busy dengan portfolio masing2..

Comments

Popular Posts