Cinta Desa Siswa 2.0 0.o Lang Lang ~~~~
Cinta Desa Siswa datang lagi..kali ni kami semua ke Langkawi langlang~~~ dan dalam program ni aku pegang portfolio sebagai Exco Program tapi aku tak mohon sebagai LC aku sebab dah cukup 8 kredit <dah lebih dah pun>. masa mula-mula nak set up organisasi, kawan-kawan semua dah sok-sek suruh aku susun program byk jalan2 -.-' walaubagaimanapun, satu hari je yang pening serabut penat dengan agenda utama program..selebihnya banyak ke agenda 'utama' masing-masing iaitu 'Cuti2 Malaysia' hehe
macam biasa masing-masing akan balik awal pada cuti midsem..sebab kami bertolak pada hari rabu malam khamis. tapi aku dengan member2 lain dah balik hari selasa tu lg sebab ada assignment yang harus disetelkan iaitu Interview pegawai pendidkan kesihatan pusat darah negara untuk kursus Workplace Communication II. memang balik dari PDN tu, masing2 kelaparan, order Dominos, setinggan dalam bilik aku sambil siapkan laporan pasal interview tu.esoknya pulak serabut nak packing beg utk ke Langkawi..
sampai2 je kat Jeti Kuala Perlis, singgah Masjid Terapung, Kuala Perlis untuk solat subuh dan sarapan. kemudian buat sesi ice breaking utk peserta kat perkarangan masjid tu <sebelah je dgn jeti> ice breaking tu opkos laa di-conduct oleh aku..hehehe..maybe sebab pagi lagi so, masing2 x nampak lemau sgt walaupun baru lepas bedal nasi lemak..
bergambar tu semua wajib yek..huhuhu..musim monopod sekarang..




first destination ialah warung nasi lemak kg masjid lama..hehehe..sebab nak hantar kereta sewa kat situ..kami2 geng jemah semua sewa kereta malam lps habis program kt kampung..nak letak gambar kami karok, segan laa pulak..mulut semua orang ternganga..kunun2 nak capai high note laa tu..lepas sakit tekak berusaha capai high note tu, cari KFC lepak kat Dataran Lang memalam tu..cantik kot Lang masa malam2 tu..tapi pukul 2 pagi kot, dia dah tutup lampu, gelap-gelita je..nasib baik dah habis makan, kalau tak, maunya ada yang tercekik tulang ayam..
lepas dah hantar kereta sewa, pergi kilang gamat, shopping barang2 gamat kat situ..Nusantara kalau tak silap nama kilang gamat tu..ada macam2, balm, minyak hangin <huhu>, bedak sejuk, sabun gamat, sabun kurus, lulur badan, minyak gamat <opkos>, minyak rambut dan banyak lagi lah..aku tak membeli sgt walaupun tergugat jugak iman nak beli produk kecantikan tu huhu tapi aku beli minyak rambut dgn lulur badan je sebabnya aku sedar diri aku ni kulit sensitif bab2 produk yg nk ditempek ke muka nih..tobat2..



lepas dah penat dengan mangrove tour tu, kami semua pon balik ke Pekan Kuah tapi sebelum tu, singgah dulu Kompleks HIG untuk shopping..huhu..dah laa bayar pakai kad, so paham2 je laa T.T..keluar je dari kompleks tu, muka aku terus *blank* kenapa byk sgt aku belanja?tp takpe laa, dah bayar dah pun and by this time pun semua org dah merasa coklat2 tu..huhu..
sampai ke tempat penginapan mcm maghrib lebih kurang mcm tu laa, lepas tu terus sewa motor pulak..huhu..ikutkan sebenarnya malam sebelum tu pon xnk sewa kereta tp lewat sgt beritahu so, dpt kereta shj...bila dah tahu mcm tu, awal2 lg dah deal dgn orang yang sewa motor tu and amik lepas maghrib...satu motor sehari rm30..<vroommmm> malam dapat motor tu terus keluar ke pekan, pergi pasar malam pastu ingat nak lepak2 kat tepi pantai tapi xtau jalan..hehe so, balik ke tempat penginapan, lepak depan tv, layan cerekarama sambil2 tu menjemah..huhu
esoknya, hari terakhir ada kt Langkawi..alkisahnya begini..kami ada motor tapi tak tahu nak ke mana..so, lepas solat subuh lepak2 atas katil, aku pun masuk join sekali atas katil tu bagitau dorang, budak2 lain nak ke Pantai Chenang sbb dorang pon ada sewa kereta..jadi, kami2 yang tak mandi lg tu, terus siap2 grab the keys terus cabut ke Pantai Chenang..memang kematu jugak laa duduk atas motor tu..

ini laa ceritanya sepanjang kami semua kat Langkawi.memang kalau nak cerita details sgt maunya seminggu aku menghadap laptop nak menulis entry ni hehe...masing2 cakap tak puas jalan2 sampai dah nak plan nak repeat visit..huhu..kali ni, kiter-kiter aje..
Comments
Post a Comment