Suka+Rela=Lawan?
seminggu yg lepas, aku ke Kelantan ikut satu program klinikal
bergerak under Dr Roslee. Bunyi memang macam pelik je kann sebab tengah sedap2
cuti tapi pergi join program university sana-sini. Hey, ikut suka aku laa!
HAHAHA
yang seronoknya program kali ni adalah dapat elaun sebanyak
RM160. Perghh memang best laa kan sebab tgh bulan2 puasa ni makan apa laa
sangat kan. Tentatif program pulak sangat simple. Mulanya ingat payah laa nak
buat klinikal ni sebab titlenya ada perkataan ‘bergerak’ dan ‘dari rumah ke
rumah’. Team medic UKM <that’s what we called ourselves> ditugaskan untuk
ikut peraih2 undi untuk buat tugasan klinikal dengan penduduk Kg Nangka. Well,
memang betul apa yang aku tulis tu – peraih undi. Kami tidur dekat UMK Bachok tapi
program kat Kuala Besut. Sila recall apa yang berlaku kat Kuala Besut 2-3
minggu lepas.
Pada malam taklimat diadakan, kiteorang semua agak tercengang
juga laa <what derrr?> tapi lepas beberapa kali cubaan call Dr Roslee,
akhirnya kami putuskan supaya bertegas dengan KPT bahawa UKM cuma sediakan team
medical sahaja bukannya pelajar untuk join program motivasi or whatsoever.
Aku malas laa nak sentuh lelebih pasal agenda utama di
sebalik program sukarelawan tu. Yang penting segala barang2 klinikal dpt
dihabiskan. Kami semua bergerak dari kampus UMK tu waktu pagi dan habis sebelum
pukul 1 tengah hari. Penat? Memang laa sebab berjalan keliling kampong plus
dengan kerenah macam2 lagi. Bila dah cukup je pukul 12 terus call pakcik bas
untuk ambil kiteorang kat Kg Nangka tu.
Ok, habis cerita pasal program tu. Kali ni cerita pasal
program ronda2 Kelantan pulak..hehehe.. lepas habis program klinikal tu, kami
semua akan pulang semula ke UMK untuk rehat dan solat. Pukul 5.30 petang siap2
untuk keluar ke Kota Bharu cari tempat untuk berbuka. Memang best sebab jumpa
kawan2 baru pastu berbuka sama2. Kami berbuka kt Padang Bas, Pantai Cahaya
Bulan dan ada satu kedai makan kat depan Pizza Hut – aku pun x ingat apa nama
kedai tu.
Lepas berbuka, pergi jalan2 kat wakaf Che Yeh pulak. Pidot,
pegawai pengiring kami boleh pulak silap cakap panggil tempat tu Wakaf Che Yah!!
Memang haru betul laa dia tu.
Satu perkara aku suka pasal program ni, aku kenal beberapa
kawan baru yg best2. Ada Pidot <felo Kolej Rahim Kajai merangkap ketua
rombongan>, Farid Fahmi – si final year medic student yg nak konvo bulan 10
nnti <dia akan mencarut kalau aku panggil dia doctor -.-‘ >, Kak Iza –
student master yang byk bg tunjuk ajar kat kami2 si budak hingusan dlm bab khidmat
masyarakat, dan ada Mizy, Fikri, dan Farhan.
bila dah sampai perangai gila2, selimut pun jadi selendang |
Kak iza suka belanja kami2 <budak2 perempuan – aku, qies,
shaz dan naddy> makan dan Pidot selalu bising sebab dia selalu takde setiap
kali Kak iza belanja kiteorang. Ayat aku paling femes “siapa suruh salah ikut
orang?” hehehe. Ye la, dia kan lelaki, so, kena la ikut dan jaga budak2 lelaki.
Kak Iza jaga kiteorang budak2 perempuan memandangkan Kak Iza paling senior
antara kiteorang.
Antara tempat yg kiteorang sempat pergi – Rantau Panjang dan
Pantai Tok Bali. Sempat jugak laa membeli-belah kat sana, singgah masjid Beijing which is soo beautiful dan snap a few good
pictures masa kat pantai tu <i have problem transferring those piccas>. Rasa macam tak lengkap ke sana sebab tak singgah
Pulau Perhentian huaaaaa T.T
beberapa gambar yg ada phone.
farid - the one who helped me nego for lowest price |
menara masjid Beijing |
pintu masuk masjid beijing |
Comments
Post a Comment