Final is finally over!!
Utk sem kali ni, exam biomed menjangkau sampai 3
minggu..fuhh, semput jugak nak kekalkan focus tu tapi habis jugak exam
akhirnya..biomed 1st year kali ni ada 5 exam bertulis dan 2 exam
practical..hihuhihuhihu..
Exam bertulis:
Ø Fisiologi kesihatan II
Ø Biokimia metabolime
Ø Academic communication
Ø Anatomi sistemik
Ø Kemahiran psikologi
Ø Fisiologi kesihatan II
Ø Biokimia metabolime
Ø Academic communication
Ø Anatomi sistemik
Ø Kemahiran psikologi
Exam practical pulak melibatkan subjek biochem iaitu exam yg
melibatkan segala practical yg telah dilakukan sepanjang semester. Ada 7
semuanya dan soalan keluar pasal semua practical..dan lagi satu exam OSPE utk
subjek anatomy sistemik. Yg ni masa sem 1 pun ada. Benda yg sama macam sem
lepas tp soalan lebih mencabar sbb tiada pilihan jawapan..nak story lebih sikit
pasal OSPE ni sbb siyesly, aku rasa exam ni mmg killer. Utk subjek anatomy mmg
laa belajar psl structure badan which is gross anatomy plus belajar jugak pasal
histology. This means that segala struktur mikroskopik yg kita tengok bawah microscope
tu kita kena tahu dan kenal apa bendanya. Bukan setakat tahu tu tisu apa tapi
kena tahu nama2 sel yg ada kt tisu tu. Amacam?
Tak perlu risau terlebih sgt pun sebenarnya sbb setiap kali
habis satu topic, kita akan ada gross lab dan histo lab which is duduk kat lab
lebih kurang 3 jam setiap satu lab utk study segala struktur yg berkaitan dgn
topic tu. For example, cardiovascular system, utk gross lab ada torso or model
yg ada segala organ kt dalamnya dan kite boleh sepah2kan dan wet specimen iaitu
jantung orang. Time ni laa semua orang pakai gloves dan godek2 wet specimen tu
sbb kena tahu and feel sendiri organ tu macam mana. Dan utk histo lab pulak,
setiap pelajar akan dpt satu microscope dan satu kotak yg penuh dgn slaid2 tisu
dan kena laa tengok slaid2 tu berdasarkan lab guide yg di-print itu.
Masa lab ni mmg santai sikit sbb x duduk static satu tpt kite
kt dlm dewan kuliah tu pastu ada feeling real sikit belajar benda2 ni..tp kalau
main2 masa lab ni, mmg kena struggle bebetul laa masa study utk exam OSPE. Utk
student macam aku yg suka ‘sangkutkan’ kepala aku kat eyepiece microscope then
tidur mmg teruk laa kan..zaf yg kat meja sebelah aku pun pening kepala dgn
perangai aku..elleh, kekadang dia ikut gak taktik aku tu..hihuhihuhihu..
kesimpulannya, jangan main2 masa lab anatomy dan semua lab yg ada sebab ada exam..
Lab fisiologi pun ada jugak exam tp x laa dibuat berasingan
mcm biochem dan anatomy. Exam lab fisio buat sekali masa exam bertulis da nada
section last sekali yg ada soalan2 berkaitan lab kat situ. Bak kata Dr Nini,
soalan lab tu mmg markah bonus utk student tp ramai student tak boleh jawab dan
kat situ kantoi sudaaa dgn lecturer bahawa student copy and paste lab report
senior..hihuhihu..*senior kiteorg mmg baik hati, siyes!!*
Student program lain kebanyakannya jeles dgn kiteorang budak2
biomed sbb exam kiteorang jarak2 tp kiteorang ni pulak jeles dgn dorang sbb
exam dorang habis awal..haisshh, ini laa manusia…aku lepas habis exam OSPE aku
punye focus terus ‘ke laut’ rasanya sbb paper last ialah Kemahiran psikologi
yang mana dah hampir2 nak jadikan aku seorang psycho!!! Aras aku dah lengang
masa ni weyh!! Nak g mandi pun takut tau x?! ke alasan aku je sebenarnya sbb
mood exam ni dah berpanjangan lama sgt sampai minggu ketiga..aku rasa mood exam
ni kena ada half life yg lama sbb ciri2 tu penting utk student yg macam aku ni.
<mood exam is highly radioactive!> hahahaha gi-lo budak nih..mentang2
paper last paper psiko..
Member2 biomed semua ckp masa exam sem lps dorang dah xde
mood nak jwb exam last – fisio- sbb dah paper last and feeling2 kunun dah jiwa
raga semua dah sampai kat rumah..yang ada kat kolej masa tu avatar dorang
je..sbb tu ramai dpt teruk paper fisio sem lps..masa dorang duk komplen psl
feeling2 gitu masa sem lps, aku dgr je laa sbb aku xde pulak terasa-rasa
feeling sebegitu, maybe sbb aku pun x kisah balik cuti ke x kot masa tu and
Alhamdulillah result fisio aku pun ok..tapi kali ni baru aku memahami perasaan
dorang..hukhukhuk..why this such thing happens to me?! Pastu aku tengok xde
pulak dorang nak feeling2 mcm sem lps..muka bersinar-sinar je jwb paper psiko..
Sekarang exam pun dah habis dan aku dah ada kat rumah dah pun
ni haaa..tgh duk serabut nak kemas bilik aku yg dah mcm rupa setinggan ni..aku
berdoa byk2 semoga result aku dan kwn2 aku semuanya cemerlang gemilang dan
terbilang dan semua PNGK menaik…aminnnn…
Comments
Post a Comment