UKMalaysia, Kuala Lumpur

UKM Kampus KL
ramai yg tak tahu kat mana ukm-kl
ramai yg fikir
"oh, yg kat cheras tu kan?"
erkk

So, basically UKM has 3 campusses
-main campus in Bangi (siyes, aku jeles ngan dorang)
- our campus UKM-KL
-UKM Cheras campus

bila dikatakan sebagai kampus induk, ofkos la byk gilerr manfaatnya
semua urusan pentadbiran dilakukan kat sana
kat UKM Bangi, kebanyakan fakulti ada kat situ
plus, ada byk kolej penempatan pelajar dlm kawasan kampus

kalau UKM kampus Cheras
pelajar perubatan tahun 3-5, kejururawatan belajar kat sini
ada cerita2 kata kolej dorang pon lawa2...

UKM-KL
kat sini ada 4 fakulti
-Fakulti Sains Kesihatan (FSK)
-Fakulti Farmasi (FFAR)
-Fakulti Pergigian (FGG)
-Fakulti Perubatan (FPER)*untuk tahun 1 dan 2 shj.

kampus sini semuanya pelajar sains kesihatan
kampus bersebelahan dgn GH or Hospital Kuala Lumpur
betul2 kat tgh2 KL
kalau nak pegi kelas pon kadang2 boleh tersangkut dlm jammed
well, tu kan identiti Kuala Lumpur, dah x boleh dipisahkan

DK2 FSK..antara yg tercantik
laluan ke DK2 dan DK3 FSK
pintu masuk DK1.... dewan kuliah yg terbesar bg FSK.
pelajar tahun 1 FSK kebanyakan kelas kt sini but for biomed 1st year, semua kelas kat sini



DK1 side view


kat sini la aku n kwn2 se-FSK belajar
untuk pelajar farmasi ngan dental aku x sure kat mane
tp untuk pelajar perubatan, dorang kongsi dewan kuliah dgn kami
dan untuk sem ni, kelas pkul 8-10 pagi selalunya kelas untuk pelajar perubatan
lps tu dorang balik ke kolej, kami pulak take over sampai ke ptg

kenapa budak medic balik ke kolej??

sebab dorang x byk kelas kuliah dan dorang byk kene search sendiri bahan pembelajaran dorang
'setakat yg aku paham laa, tu berkaitan pasal modul dorang'
untuk biomedic (mcm aku), kelas kami packed dari pagi (lps kelas medic) sampai pkul 5 ptg
tp kami juz sibuk ngan kuliah laa
assignment mostly, honestly mmg xde
hehehe
rase macam heaven tp masok exam mood, terus blurr

 library UKM-KL

tak lah sebesar mcm kat induk sbb semua buku kt dlm ni semuanya berkaitan dgn sains kesihatan
kalau nak cari psl engineering, architecture or economics
silalah ke kampus induk kami di Bangi, yek??
library ni ada 3 level
mmg selesa (pd aku) kalo nak study dan ada byk buku rujukan(ofkos lah)

mencari-cari buku yg sesuai

deretan rak buku..mcm2 ada!!

buku oh buku

scan dulu baru boleh masuk

kampus KL ni kecik je
so, semua tpt berdekatan antara satu sama lain
jd student life kat sini mmg mudah
kalau nak merungut lg, mmg xtau nk kata apa lg lah

bg student UKM-KL, kami semua pergi balik dari kolej-kampus-kolej dgn bas
every weekdays from 7 am to 7 pm
tp agak2 kalo beraturnya pjg yg amat2 dan kelas dah nak start lagi 10 minit
heeee
berjalan kaki lah anda ke kampus
tp mungkin masok kelas lewat 10 minit gak laaa
setakat ni aku baru 2 kali pergi kampus berjalan kaki
1st time pergi ngan senior masa baru2 masuk (freshie)
2nd masa bas rosak dan ada 2 bas je yg boleh digunakan plus masa tu jln jammed teruk
mmg darurat masa tu

another piccas from UKM-KL

connection between blocks

u-mart..tpt nak cari brg2 keperluan emergency sblom ke UO

KLINIK OPTOMETRI UKM-KL

laluan kejayaan..cewahhh..

tpt tunggu bas ELTABINA

kafeteria..the one n only

tpt parking motor student..wif my fren, GEE

FAKULTI PERGIGIAN

FAKULTI FARMASI

ce teka, ada apa kt muzium ni??

di mana destinasi anda??

hmmmm...

KLCC from our campus

ISTANA BUDAYA pon ada

tak nak merokok!!!

hopefully, post ni membantu memperkenalkan UKM-KL pada semua org
wat-lek-wat-peace
senyum selalu

Comments

  1. hostel kt mne sebenarnya??
    lg 1 mna button nk follow. canggih sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk pelajar UKM kampus KL, pelajar ditempatkan di Kolej Tun Syed Nasir aka KTSN di Jalan Temerloh..kalau penah lalu Pusat Darah Negara, belok kiri jumpa sekolah sukan Titiwangsa..belok2 jumpa laa pintu masuk kolej sebelah kanan..sebelah kiri pulak kalau nak menikmati keindahan Taman Tasik Titiwangsa, boleh laa parking kat situ..nak duduk kolej ni, ada sistem merit..bg yg x dpt duduk situ, ada Plaza Rah, Kg. Baru..kat situ ala2 kondo..dan yuran pun paham2 je laa tp x sampai rm2k per sem laa..

      kat mana button follow? aiyok, saya ingat semua tau plus saya xnak blog saya sarat dgn mcm2 widget..hehehe..ok, kalau awak lalu cursor awak sebelah kanan, nnti ada terkeluar widget then tekan laa kat situ..ok?

      Delete

Post a Comment

Popular Posts