Latihan Industri #biomedUKMLI part 1

Semester 3 untuk tahun 3, semua pelajar kena pergi LI!!!!

untuk pelajar Biomed UKM, kami boleh pilih hospital mana nak pergi as long as hospital tu terima kami..huu means that samada hospital tu ada MOU dengan UKM atau kami telefon sendiri hospital tu boleh atau tidak LI kat sana.





UKM pun ada satu lagi program iaitu MOBILITI PELAJAR ke luar negara. Jadi bagi mana-mana student yang nak pergi obersi, boleh laa mohon program ni tapi hanya untuk institusi yang ada MOU dengan FSK UKM sahaja. LI tahun ni ada dua tempat budak biomed minta iaitu BOGOR & CHIANG MAI dan aku minta LI kat Chiang Mai.

bersama staf aka mentor kami di CSC

Latihan Industri Biomed ada 7 minggu semuanya tapi disebabkan Chiang Mai University (CMU) ada masalah penempatan untuk 7 minggu jadi kami cuma LI 4 minggu je selebihnya sambung kat Malaysia.

Kami bertiga bersama maskot AMS... Setiap fakulti CMU ada patung maskot depan fakulti masing-masing dan setiap gajah ada warna lain-lain ikut warna fakulti. Warna AMS adalah warna-warni.

2 minggu pertama kami duduk kat Associated Medical Science, Clinical Service Centre or AMS, CSC.. Faculty AMS ada kt dalam kawasan Maharaj Nakorn Chiang Mai Hospital lebih kurang macam PPUKM la jugak.



dekat CSC, kami dapat buat hands on semua test dan disebabkan lab dia kecil, sampel yang datang pun tak banyak, so, kebanyakan test adalah manual.. kat sini laa nak test power skill masing-masing. mula-mula kena buat blood smear, banyak gila slide kene buang sebab smear tak cantik.. person in charge yang train kami kat dalam lab pun takkan lepaskan kami untuk buat kerja lain selagi kami tak pandai buat.

Medical Technologist Day... saje je menyibuk kat situ
kalau kat PPUKM, satu-satu seksyen dibahagikan jadi satu unit besar dan ada organisasi sendiri.. kiranya ada lab sendiri tapi kt CSC, semuanya dalam satu bilik.. tapi untuk test yang lebih advanced dan canggih, ada kat bahagian lain. FYI, CSC ni ada 4 tingkat semuanya which is sangat besar tapi kami duduk kat dalam satu bilik je..huuu

penyediaan reagen calibrator
dalam lab tempat kami bekerja ada seksyen hematology, immunology, clinical chemistry (atau kat Malaysia lebih glemer dengan panggilan Biochemistry), urine and stool

straw pendek menggantikan pasteur pipet. susah jugak mulanya


seksyen hematology ada satu machine CBC dan result dari CBC kalau abnormal akan diteruskan dengan blood smear (yang aku cerita td). staining dan tengok bawah mikroskop. yang paling kami terkejut adalah lepas kami dah boleh buat semua tu, mereka akan suruh kami buat semuanya dan tulis report.. ok, masa kami tersangkut kt PPUKM kami tak dapat kepercayaan macam ni.. itu yang kami agak teruja.. mereka nak kami bekerja betul-betul macam mereka. tak dinafikan cara kerja kat Chaing Mai sangat berbeza so, rasa tak rugi datang LI kat sini.

skill pipetting.. everything is improvised here

Ujian ESR pun secara manual - Westergren method - . mulanya seram gak nak buat sebab halus sangat kaca tu. mula-mula buat pun asyik tak jadi je sebab tu tiub vakum, so, kena letak whole blood dalam tu tak boleh ada bubble dan nak tunggu pun 45 minit baru dapat result..

tengah dapat penerangan untuk rapid test di seksyen Immunology
Seksyen Clinical Chemistry pulak macam Lab Chempath PPUKM, fully automated..okay, cuma kena centrifuge dulu tiub-tiub darah tu, serum yang banyak sangat kita buang sikit, pastu letak dalam machine..result dah keluar, yang abnormal kita repeat and if still abnormal, maknanya memang abnormal.. nampak macam simple tp bila sekali sampel semua datang macam gelombang tsunami, memang tak cukup tangan nak handle.. sampel banyak selalunya datang dari company yang buat medical check up untuk pekerja. sampel dari pesakit yang walk in dengan yang ada appointment pun tak sebanyak dorang. sekali tu sampel sampai dalam 150++..huhu

balancing the centrifuge

seksyen Immunology pula ada ujian HBV Ag, HBV Ab, HCV, VLDR, Rhematoid Factor dan HIV. semuanya pakai rapid test kit dan untuk HIV pakai Gelatin Particle Agglutination (GPA) dan kena tunggu semalaman.

GPA, Gelatin Particle Agglutination for HIV screening test

seksyen urine and stool..huhuhu..untuk sampel urine pakai dipstick method dan microscopic examination..yang ni memang kena practice banyak sebab kena tahu nak identify apa benda dalam urine tu.. untuk sampel stool, hehehe, buat ujian occult blood dan microscopic.. seriously, duduk kat seksyen ni meamng kena tahan nafas..huhu.. jarang dapat sampel yang positif infection dalam stool tapi sekali je jumpa telur Ascaris.. tu kira nasib baik sangat..


sedang gigih buat WBC count

kami pun ada diajar untuk buat penilaian QC untuk slide darah untuk uji skill masing-masing dalam identifikasi untuk hematology dan parasitology (malaria blood film).


Venipuncture adalah perkara yang paling kami nantikan..huuu.. kalau masa kursus hematologi ada buat praktikal venipuncture tapi masa tu lebih kepada untuk dapatkan salur darah sahaja bukan blood collection. kali ini, kami berpeluang untuk perform venipuncture and blood collection (~ 8 ml whole blood). tapi kami bertiga ni tak laa power sangat sampai perform venipuncture kat patient. kami bertiga masing-masing bergilir tukar tangan. huu..


hi uolls!!! we'olls gojes 



Comments

  1. assalamuaalaikum.... saya ingin bertanya....adakah bidang bioperubatan ni bila praktikal still kena amik blood patient lepastu kena uji pula???? maksudnya kalau kerja nnati pun kena amik test blood jugalah???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts