Tersangkut kali ke #2 di PPUKM

ok, fine..aku tau istilah tersangkut tu sangat laa pelik, and believe me, aku pun tak percaya mulanya. So, bila bukak sem baru baru tahu yang Attachment juga bermaksud Kepaniteraan tapi macam lagi best guna istilah latihan sangkutan. hehehe

sem kali ni, aku masuk lab PATOLOGI KIMIA, HEMATOLOGI DAN TABUNG DARAH. saje je caps lock.

2 minggu di chem path, rotate every seksyen and mostly belajar pasal mesin memandangkan chempath lab is fully automated. yang paling sibuk mungkin di kaunter penerimaan sebab manual dan seksyen urin sebab masih memerlukan kerja manual untuk handle mesin tu.

dekat chem path lab, ada hampir 30++ jenis ujian yang dijalankan sebab tu sampel yang masuk memang banyak gilerr. disebabkan fully automated, jadi kami banyak diberi penerangan tentang kawalan kualiti; harian, mingguan, bulanan, dan tahunan. Penjaminan kualiti pun ye gak. dulu masa belajar benda ni semua dalam kelas, sumpah tak paham satu pun, bila dah nampak depan mata dan aplikasi dia, perghh, memang cemerlang laa lepas ni..hehehe...

lab hemato pulak, lebih kurang sama jugak walaupun dia xde laa fully automated. tapi bila dalam makmal tu ada mesin ini bermaksud QC dan QA (quality assurance) kena buat dan setiap lab memang kena ada tak kira method ape yang diguna, company apa dan siapa bos..

Tabung Darah pulak satu-satunya lab yang berada di 'permukaan'..hehehe..so, bila hujan lebat memang dengar laa guruh berdentum..kalau kat lab lain, tau2 je dah hujan.. dan kalau kt tabung darah, ujian yang dijalankan adalah ujian pre-transfusion untuk pastikan compatibility darah pesakit dengan penderma samada selamat atau tak diberi pada pesakit.

kali ni, banyak diberi penekanan QC..apa itu QC? kenapa penting sgt? kerana QC makmal yang bagus dan cemerlang akan menghasilkan keputusan ujian yang lebih baik, jitu, kukuh dan tak boleh disangkal oleh mana-mana pihak. kalau perasan, setiap kali gugel pasal range untuk sesuatu test biochem, web tu mesti akan state  the range is depends on the laboratory bla bla bla.. semua ni sebab lain lab, lain method, lain mesin, lain teknologis, so, lain established range dan lain QC.

QC adalah dalaman. ini bermaksud untuk pastikan setiap hasil ujian kontrol berada dalam range berdasarkan graf LJ etc. etc. (sangat x berilmiah info yang diberi). kiranya QC dalaman memastikan reagen, mesin dan semua dalam lab dalam standard. kalau out, troubleshoot problem means that Pegawai Sains akan turun padang.

QA pulak kita bandingkan setiap QC kita dengan lab2 lain seperti Hospital Selayang dan lain2 termasuk laa institusi luar negara (bergantung pada penyertaan yang masuk). kat sini akan dibandingkan dari segi ujian yang dijalankan, method, jenis mesin, jenis reagen..ini untuk elakkan lab kita daripada establish range secara 'syok sendiri'.

tu laa pentingnya QC dan QA.

tu je laa kot entry pasal tersangkut di PPUKM ni..ok, boleh mula fokus pada final dan habiskan segala sisa-sisa assignment..ngaaa, menangis jap..k bai...

Comments

Popular Posts