Final is finally over (versi Tahun 3 Sem 1)

musim exam kali ni aku dalam dimensi baru..cewah, ayat nak gempak aje..


disebabkan sem kali ni, kuliah semua habis masa minggu ke 10 lagi, lepas tu minggu ke 11 mula attachment atau 'latihan sangkutan' kat PPUKM sampai minggu ke 13, minggu 14 jadual kosong sebab lecturer cakap kat PPUKM, kami 'sangkut' 3 minggu je tapi jadual dah susun utk 4 minggu 

(cuti tak rasmi, hurrayyy)

minggu ke 15 penuh dengan tutorials, presentation dan kuiz. pastu, bermula laa study week selama 2 minggu - ikutkan sebenarnya exam kami mula minggu kedua minggu exam, so, tu yg jadi 2 minggu study weeksssss...

so, tahun 3 sem 1 ada 3 paper bertulis - Hematologi, Biostatistik dan Imunologi. dan utk kali ini jugak 1st time kami biomed jawab exam kat TIBE (dekat kampus). sebelum ni, kami jawab exam kat DSG (dekat kolej) betul- betul bawah bilik aku. 

exam amali pun ada jugak..wajib hado..exam amali hematologi atau lebih dikenali dengan nama OSPE. 

Exam amali Diagnosis Integratif - berbeza dari exam amali yang sebelum ni sebab kami kena buat sendiri apusan langsung (sampel feses) guna iodin dan normal saline, cari parasit yang ada guna mikroskop, identify, tulis kat kertas jawapan, panggil lecturer untuk sahkan betul atau salah. betul dapat markah, salah kena cari lagi..semua tu kena buat dalam masa sejam dan ada dua sampel feses..huhu..lagi satu adalah slaid darah malaria..tengok bawah mikroskop, cari plasmodium, tentukan stage apa, tentukan spesies apa (contohnya Plasmodium falciparum atau P. malariae), tulis kat kertas jawapan, panggil lecturer untuk sahkan betul atau tidak, betul dapat markah, salah? PADAN MUKA hehehe sebab untuk slaid darah malaria, cubaan menjawab hanya sekali..dan semua tu kena selesai dalam masa 30 minit. 

untuk kursus Teknik Lapangan Parasitologi dan Entomologi, ada kuiz sahaja dan soalan berkaitan dengan lawatan ke Unit Kawalan Vektor, DBKL dan field work di Tg. Karang.


tahun 3 ni dah banyak penilaian praktikal, exam mid sem pun xde, digantikan dengan penilaian berterusan..tu yang bila ada exam teori bertulis selama 2 jam setengah dalam dewan yang sejuk beku, rasa macam blur kejap hahaha *mainmainjerrr*

minggu pertama dan kedua study week boleh tahan lagi..so, untuk 2 paper pertama dikira waras lagi laa..tapi bila dah masuk minggu ke3 dan paper terakhir pulak tuhh..semua dah hashtag meroyan..memang lumrah paper terakhir rasanya...

terjumpa satu ayat dalam Al-Quran (4:103)

'Selanjutnya, apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah ketika kamu berkeadaan berdiri, duduk, dan berbaring...'

perasan tak, bila musim exam je, tahap kebergantungan kita pada Allah semakin meningkat..dalam pelbagai keadaan..sambil kita study untuk exam, kalau boleh setiap masa tangan kita nak pegang nota dan dalam hati kita berharap Allah akan mudahkan kita untuk jawab exam nanti..masa makan (duduk), masa lepak atas katil (baring), berjalan nak ke kafe (berdiri)..see, Allah tahu dan dah dinyatakan dalam Al-Quran. dan Allah tu memang sentiasa dekat dengan kita tak kira masa dan keadaan.


dan pernah tak setiap kali habis exam ada segelintir kawan-kawan kita yang akan berbincang tentang soalan exam dan jawapan masing-masing..bila terdengar sayup-sayup jawapan dorang "eh jawapan tak sama laa..habis laa..mati la nakkkkk"

dan kita pun terlupa...Allah tu sentiasa ada..dah habis exam habis terbang semua tawakal kita. kita dah tahu kita dah usaha, kita dah doa sebelum dan semasa menjawab..kenapa tak terus berusaha dan berdoa selepas menjawab..boleh jadi jawapan kawan-kawan tu salah..ataupun kurang tepat, dan jawapan kita lebih kurang sama je..antara betul dan salah (aku rasa aku dah mula mengarut)..


tawakal itu adalah apabila kita menjadikan Allah sebagai perantara kita..

hasbunallahi wani'mal wakil

semasa kita belajar, kita tawakal supaya apa yang kita baca, faham, selak, skimming, screening nota2 tu adalah pertolongan dari Allah, semasa kita jawab, apa yang kita hitamkan, kita pilih soalan esei mana satu, macam mana kita susun ayat nak jawab soalan esei, itu semua pertolongan dari Allah. dan bila dah habis menjawab, on the way nak hantar skrip jawapan, kita bertawakal kepada Allah supaya dipermudahkan dan lembutkan hati lecturer yang menanda skrip jawapan..


kadang-kadang tu pernah je, (zaman sekolah dulu), bila tak dapat keputusan bagus, takpun sikit lagi kita nak dapat A, kita pun merayu-rayu kat cikgu supaya bagi markah kesian untuk naikkan gred. part ni, apa kata kita tanya hati kita, kat mana kita dah letak kebergantungan kita? just a simple case study... 

tapi, pokoknya deep inside,
kita kena sedar yang perancangan Allah sangat cantik..kalau kita dapat result bagus, tu ujian dari Allah, dapat result kurang bagus, tu pun ujian dari Allah..sebab dunia ni adalah ujian Allah untuk hamba-hamba-NYA..sebaik-baik ganjaran adalah di akhirat sana..dan ujian tu semua tanda Allah nak kita kembali pada Dia.

p/s: blog ni aku trim sikit bagi rupa baru..rasa cam dah bosan dgn background tu

Comments

Popular Posts