Sains Bioperubatan Tahun 3 Sem 1
Sains Bioperubatan Tahun 3 Sem 1
Alhamdulillah aku sudah pun menginjak ke
tahun 3 di bumi UKM sebagai mahasiswi Sains Bioperubatan..terasa baru semalam
berkejar ke sana ke mari masa orientasi dulu..huhu..dan sebenarnya aku baru
sahaja habis cuti midsem dan pengajian sem ni pun dah masuk ke minggu ke-9..as
usual, iolls busy, uolls..
Untuk tahun 3 ni dah takde subjek wajib
universiti seperti English, TITAS atau Hubungan Etnik, semuanya dah dihabiskan
semasa tahun 1 dan 2. Tapi, untuk adik2 yang baru masuk kali ni, sistem dah
agak berubah..ada satu kursus yang dinamakan sebagai CITRA menggantikan
LEARNING CONTRACT macam yang kami2 semua ambil. Kalau LC kami cuma perlu
habiskan sebanyak 8 jam kredit tapi untuk CITRA ada 14 jam kredit yang perlu
dihabiskan (tapi 14 jam tu termasuk subjek wajib universiti seperti english etc
etc).
So, adik2...BERTABAHLAH...
Ok, simple and nice, sem kali ni ada ada
kursus;
1-
HEMATOLOGI DAN SAINS TRANSFUSI
Hema bermaksud darah..so,
kursus ni belajar semuanya pasal darah..anaemia, leukaemia, lymphoma, bleeding
disorder, thalassemia, sickle cell dan banyak lagi..bukan setakat penyakit2
yang berkaitan darah, macam mana nak diagnos penyakit based on lab test result
tu yang paling havoc sekali buat kami. Sekarang kami dah ada case study presentation
means that pensyarah bg satu case (err, banyak2 case sebenarnya) and kena
discuss segala bagai Why Why Why, video presentation pulak kena buat video
based on tajuk2 tertentu untuk explain kepada layman people..huuu..dan untuk penilaian kursus ni jugak, kami kena organise satu program satu hari tentang 'KESEDARAN THALASSEMIA' dan satu kelas berhempas-pulas nak pecah kepala buat program memandangkan masa pun packed..
Sains Transfusi tu pulak
phlebotomy..kami perlu lulus 3 kali ambil darah..ambil darah sape? Ambil darah
classmates..huhu..plus, lulus satu slide blood smear.
2-
IMUNOLOGI
Kalau hematologi banyak
belajar pasal sel darah merah, imunologi belajar pasal sel darah putih tapi
lebih banyak kepada mekanisma2 sistem imun tubuh manusia. B sel, T sel,
complement system, cytokine, lab techniques, vaccine preparation etc etc..
Kursus ni pun banyak
presentation dan perlukan kefahaman dari awal, kalau tak tajuk yang seterusnya
anda akan blurrrr..dan yang paling menarik adalah lecturer yang mengajar..huhuhu apa yang menarik? soalan exam lecturer imuno tak pernah yang senang..
3-
BIOSTATISTIK
Not my favourite at this
time..huaaaaa, kena gagahkan dan gigihkan diri ni jugak untuk kursus ni..kursus
ni macam ada kesinambungan sikit dari kursus Epidemiologi tapi kali ni lagi
dahsyat..but 1st, kena install software SPSS kat pusat IT (dekat dengan
surau DK, level bawah2 tu jugak laa)..SPSS ini akan digunakan untuk key in data
bagai dan kita akan diajar bagaimana nak dapatkan data semasa buat research
untuk final year nanti..oh ye, jangan lupa bawak kalkulator..
kursus ni jugak banyak kuiz, group work dan case study..hurmmm, menarik sangat...
4-
DIAGNOSIS INTERAKTIF
Kursus ni sebenarnya kena
buat attachment kat PPUKM minggu 11
nanti..kursus ni banyak konfius dengan kursus TEKNIK PARASITOLOGI DAN ENTOMOLGI
LAPANGAN. Apa beza dua kursus ni, DI adalah segala macam test parasitologi dan
entomologi yang dilakukan dalam makmal
seperti apusan langsung etc etc. yang lagi satu tu pulak, lebih banyak ke arah
field work..
Attachment kat PPUKM nanti
selama sebulan. So, sebulan laa kami tak pergi kuliah tapi berkampung kat PPUKM
dan didedahkan dengan pelbagai ujian2 makmal diagnostik. Sem depan pun ada
jugak..kursus ni Cuma perlu hantar laporan akhir, tak ada exam..
5-
TEKNIK PARASITOLOGI DAN
ENTOMOLOGI LAPANGAN
Macam yang telah
diterangkan seperti di atas, kursus ni nanti kami banyak akan keluar seperti
DBKL dan Tanjung Karang untuk praktikkan segala teori yang dah belajar masa
tahun 2 dulu..hewhewhew..
Setakat ni tu je laa...tahun
3 ni takde exam midsem, macam lega sikit laa (ye ke?) plus, pensyarah akan
habiskan semua kuliah sebelum kami pergi attachment, maksudnya ada sebulan
lebih untuk revision final exam nanti..mudah-mudahan kami semua tak leka dengan
masa lapang yang ada..
sebelum dapat masuk ke ukm dalam bidang bioperubatan ni, ada temuduga tak?
ReplyDeletesetakat yg saya tahu, batch yg terkini tiada temuduga
DeleteSem 1 belajar subjek apa?
ReplyDeleteutk sem 1 tahun 1 akan mula dengan subjek basic contohnya Anatomi, Fisiologi, Biokimia (utk biokimia, my tips is that bukak balik nota zaman matrik/asasi sebab ramai kantoi bab itu)
Deletesubjek utk tahun satu mula dari batch lepas dah dirombak jadi saya tak boleh nak cerita detail apa yg saya belajar masa tahun satu dulu sebab mmg tak sama dari segi struktur penilaian dan kursus..
tapi secara asas, itu yang adik2 tahun satu bakal belajar nanti..
p/s; jangan buang lagi nota matrik/asasi!!!
akak . susah tak belajar bioperubatan ni ? level susah dia mcm medik ke ?
ReplyDelete