Rant on UPU;what heart desires?

musim peperiksaan dah kembali..eh, dah habis 3 paper dah pun..hihihi, tinggal separuh lagi perjalanan..minggu depan boleh laa balik..final exam kali ni pun 2 minggu je, x meleret mcm sem2 lepas..org lain semua dah balik, kiteorg je tinggal jadi burung hantu kat kolej..hehehe...


wish us all the best!!!

sebelum ni aku jarang online apatah lagi bukak blog masa2 kritikal mcm ni tp disebabkan byk jugak laa komen baru bertanyakan psl biomed ni, gagahkan jugak iman ni utk online dan sedaya upaya menjawab semua soalan..exam pun tinggal lagi seminggu, sila kawal diri, jangan meroyan!!!

untuk adik2 lepasan matrik/asasi, buat pilihan sebaik mungkin dan kalau boleh biarlah yang berpadanan dengan apa yang kita dah usaha..lagi satu, tak semestinya apa yg kita nak itu yang terbaik utk kita..dan jangan biar org lain yang tentukan pilihan kita sbb diri kita yg nak habiskan 3/4 tahun belajar bukan orang lain...

mungkin ada certain yang parents or family yang beria suruh amik course itu ini..mesti dlm dilema kan..aku pun dulu mcm tu jugak..aku pun fikir ok je laa, ikut je laa, pointer pun rasenya ok je, lepas je..siap dah pegi interview semua tapi kalau xde rezeki tu, just bear in mind that ALLAH always has better plans for us..HE knows the best..

dulu, aku menangis, kecewa siapkan persoalkan kenapa classmates sekolah dulu result sama mcm aku dapat JPA oversea tapi aku tak tersenarai langsung, classmates masa asasi tak dpt 4 flat dua2 sem pun tapi dpt jugak course medic (kiraan pointer asasi uitm sgt pelik) tapi ye laa,kalau buat kiraan tu mmg dia dpt 4 flat (3 subjek je yg dikira)..

aku rasa aku mula fikir betul2 apa yg aku nak masa nak isi UPU fasa kedua (dah x egt panggil camne)..sebelum tu, beria aku letak semua medic, ye laa, rasa mcm ada harapan laa boleh dpt sebab dpt panggilan interview sebelum tu..tapi bila aku fikirkan balik, aku suka belajar bidang kesihatan..boleh tau pasal penyakit, ubat , rawatan semua..pastu kadang2 borak dengan makcik2 pakcik2 pun boleh faham keadaan diorang..kadang2 kalau tengok cerita mcm CSI, BONES semua tu, boleh agak apa yg jadi..ye laa, dari kecik tengok cerita2 mcm tu, kadang2 masuk dlm kuliah pun rasa mcm familiar sbb cerita2 tu..hehe..tapi sekarang dah tau apa yang ada dalam cerita2 tu semua bohong semata2..hahaha..keputusan ujian DNA ambil masa beberapa hari yep, bukan beberapa saat atau minit..semua keputusan utk ujian penyiasatan dalam makmal semuanya ambil masa walau canggih mana pun..so, tolong jgn cakap polis or forensik Malaysia cikai..

tapi satu perkara, aku fikir aku tak mampu utk kerja straight mcm doktor2 kat hospital (MAAF KALAU ADA YANG TAK PUAS HATI DENGAN STATEMENT INI)..kerja doktor memang memerlukan komitmen pada masa dan tenaga..dan sebenarnya, interviewer aku tanya soalan ni pada aku masa interview tu.."bayangkan awak dah jadi junior doctor, ada on call, kerja straight 25 hours (x sure yg ni)..tapi awak perempuan, mesti nak kahwin nanti..macam mana awak nak jawab kat suami awak yang mungkin tak faham kerja ni? dan selalunya junior doctor perempuan kahwin awal, mcm mana awak nak fokus pada kerja dan keluarga?"
pada korang, nak jawab apa?

even lepas habis interview tu aku dapat excellent dari interviewer tu tapi memang aku terus terfikir..kadang2 kita kena panjangkan pemikiran kita jauh2..apa dan kenapa? sebab pride dpt course tu..sebab course femes or kerja tu paling menjadi buruan untuk dibuat menantu...

lepas tu, aku fikir dalam2, apa yang aku betul2 minat dan masa godek2 list program yang ditawarkan, aku ternampak nama SAINS BIOPERUBATAN dekat beberapa uni..terus google, masa tu xde explanation sgt psl biomed, aku dapat website FSK UKM je..pastu aku baca senarai kursus (subjek) yang akan belajar then i've made my decision..serius, masa aku letak pilihan aku tu, takde sape pun yang tahu even not my family..aku still ada letak pilihan utk medik sbb aku still fikirkan apa yang parents aku nak..cuma aku pun kena fikirkan apa yg aku nak jugak..

dan akhirnya aku dapat biomed ukm..malam tu siap dah termimpi-mimpi dapat UKM..kihkih..respons family aku, semua ok je cuma dorang fikir aku dapat lelong punya sbb tak lepas medik turun sikit dpt biomed..aku senyum je..lg seminggu nak daftar baru mak aku tau aku memang ada letak biomed sebagai pilihan dlm UPU..masa tu parents dah siap tanya nak masuk medik IPTS tak..maybe dorang pun fikir aku nak sangat medik tu tapi aku explain baik2 cakap yang memang biomed yang aku nak..

bukan setakat respons dari family je, respons dari jiran tetangga pun ye jugak..biasa laa, bila dah duduk satu kejiranan ni, masing2 pun nak bragging psl anak masing2..bukan nak berlagak tapi aku memang dari kecik selalu dapat straight A's (ramai je zaman sekarang ni) dan dorang semua expect aku dapat medic (mentaliti tu....) then bila aku dapat biomed which is very unknown course, dorang terus macam......

masa result UPU keluar tengah mood raya..so, bila berkunjung tu semua ada laa makcik ni cakap "kerja kat lab je laa hang.." ada tu pulak "hurmmm, nak buat macam mana, jadi lecturer je laa.." masa tu aku senyum je..tapi bila aku dapat tau mak aku sedih, aku terus jadi marah..aku tau mak aku tak penah bragging lebih2 pun psl anak2 dia..kalau ada yang tnye dia jawab je laa lagipun ayah aku pun tak bagi sgt mak aku ikut2 perangai mcm tu..senyum je, jgn nak mengata..tapi bila dah jadi mcm ni, aku dpt tau ada yg sok sek yg bukan2 kt belakang, walaupun mak ayah aku sedaya upaya tak bagi aku tahu tapi terlepas jugak ke aku..masa tu aku just cakap "takpe mak, adik dah bagi mak straight A's yang bukan sebarangan A punya, pointer 4 flat masa asasi, dapat masuk sekolah bagus2 and adik dapat IPTA yg bukan sebarangan, ayah sendiri alumni UKM, adik dpt biasiswa maksudnya mak dgn ayah tak perlu risau, apa yg dorang semua ckp tu sebab dorang jeles anak2 dorang tak bagi tu semua kt dorang.."

bunyi macam berlagak, macam tak sedar diri, macam sombong, macam kurang ajar, macam sakit hati je dengar tapi tak sesakit apa yang dorang dah cakap dan dah buat kt mak aku..

dan sekarang, aku happy dengan second family aku dengan adik-beradik 'tiri' aku..hehehe..
dan memang betul, pengalaman mematangkan diri kita..aku baru je ambil sikit risiko dengan pilih biomed tanpa apa2 pengetahuan just basic je itupun apa je..




kalau kita dah tahu apa yg kita nak dalam hidup kita, boleh jadi kita akan buat keputusan yang lagi besar dari tu..dan setiap keputusan tu, sebelum apa2 kita kena berani, keras hati, dan yg paling penting kena ada ilmu..definisi ilmu tu luas, tak terhad dalam buku2 tebal je..

p/s: tajuk entry ni bunga2 pulak..full of emotions masa tulis entry ni tgh2 malam sambil mengenang zaman dolu2 dengan nota2 berselerak atas meja..hehehe..
 oh ya, kalau lalu cursor sebelah kanan akan ada keluar widget..in case, berminat nak follow, boleh la tekan button kat situ =)

Comments

Popular Posts