Sains Bioperubatan Tahun 2 Semester 2 @ UKM
dah minggu ke-11 sebenarnya..kesian blog ni..krik krik je..huhu..ok, i try to make it simple, nice and informative.
semester kali ni ada KURSUS;
semester kali ni ada KURSUS;
- PATOLOGI SISTEMIK DAN HISTOPATOLOGI (4 jam kredit)
kursus ni sambungan sem lepas, kali ini belajar mengenai penyakit setiap sistem. bagi sesi praktikal makmal, kita ada amali penyediaan slaid <woot woot> best woo tp memang kena bukak balik nota masa tahun satu flow chart untuk fixation, staining tu semua. sekarang slaid2 tu semua dah siap dan tinggal untuk pembentangan depan pensyarah dan lab report berkumpulan.
- BIOKIMIA KLINIKAL (4)
biomed dan biokimia memang tak boleh dipisahkan. kali ni dengan biokimia klinikal. kita belajar penyakit2 setiap sistem dan ujian diagnosis dan penyaringan. kena tau laa prinsip2 ujian tu semua, keputusan normal dan abnormal etc.etc. dan dalam prinsip makmal diagnostik, setiap ujian haruslah yang tidak membazir wang, masa dan tenaga kerja. bila dah masuk kelas ni baru faham beban kerja kt makmal2 hospital tu..sebelum ni tau komplen je..
- ENTOMOLOGI PERUBATAN(3)
kursus ni belajar psl serangga. tapi lebih kepada serangga bawaan penyakit. oh ye, pensyarah ento kiteorang masuk ASTRO AWANI haritu cakap pasal demam denggi. tu mmg kepakaran dia laa, no doubt.
- VIROLOGI DAN MIKOLOGI (3)
setakat ni baru habis part virologi..mikologi start esok..hehe..virologi belajar pasal virus-jenis, classification, replication etc.- dan mikologi belajar pasal fungus.
- EPIDEMIOLOGI (2)
kursus ni banyak belajar mengenai cara bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan dan bagaimana pengumpulan data dilakukan. banyak benda nk kena baca. kelas setiap selasa petang dan pensyarahnya semua memang aktif panggil nama pelajar yang tertidur dalam kelas. hehe
- PENGURUSAN MAKMAL PERUBATAN (2)
kursus ini pula ajar bagaimana hendak menguruskan sebuah makmal bioperubatan. kita belajar dari semua aspek; QA, QC, inventori, pengendalian spesimen etc. and the best part is ada assignment berkumpulan dan kena reka satu makmal (my group get haematology lab) dan kena fikirkan semua aspek dari bahan material, instrumen, bahan kimia, safety, kewangan dan tender..aku dgn kawan siap melawat polylab kat PPUM untuk dapatkan rough ideas..
- WORKPLACE COMMUNICATION II (2)
kursus ni pun satu hal, daria wal lagi dah ada field work..kita kena cari company yang berkaitan dengan program pengajian masing-masing and do some research. macam kumpulan aku, kitaorang pergi Pusat darah Negara buat tajuk 'how the blood is processed after being donated?' macam2 dugaan sampai dah fikir nak tukar tajuk dan dah call company lain but lastly, alhamdulillah PDN bagi kebenaran last minit...lecturer pon memang dah suka sgt dgn tajuk tu..huhu
- HUBUNGAN ETNIK (3)
kursus ni dapat pensyarah yang sama ajar Pembangunan Diri 2 tahun 1 dulu. ada tugasan berkumpulan jugak. kursus ni belajar pasal apa? rasanya semua uni belajar sama je..x perlu explain lebih2..
so, basically Tahun 2 ni memang banyak gila tugasan berkumpulan, SLP (self learning package)..kiteorang semua sampaikan dah x boleh nak bezakan kumpulan yang mana satu dah..kadang2 pakai je kumpulan yang sama memandangkan jumlah kumpulan yang dibenarkan pensyarah sama untuk setiap tugasan. masa ni laa, baru boleh nampak kawan2 kita tu mana yang boleh buat kerja, mana yang 'sleeping partner', mana yang main tangkap muat je buat kerja, mana yang berkira, mana yang payah minta tolong semuanya lah..dan perkara ni memang senior aku dah beritahu awal2 dulu..huhu..xpe2 yang penting kerja semua setel, dan tak rosakkan pointer..wkakaka..
serius, aku rasa mcm baru smlm datang balik kolej untuk mulakan sem baru..dah minggu ke-11????!!!
Comments
Post a Comment