pelajar dan kerja sambilan-MLM




pelajar yang belajar ataupun pelajar yang belajar sambil bekerja??
bila aku dah masuk uni, macam-macam yang aku fikirkan terutamanya pasal duit sebab duit tajaan biasiswa aku ni masuk lambat sangat (-.-") pergghh mula laa rasa resah gelisah semacam
aku pun bukannya dari keluarga senang tapi tak jugak dari keluarga susah yang buatkan aku desperate sangat nak cari side income
cuma, aku rasa serba salah nak minta duit kat mak ayah aku *teringat masa mula2 masuk degree, nak kena bayar macam2 dengan tambahan yuran plus nak beli buku yang beratus-ratus
aku pernah sharing-caring dengan kwn2 psl nak cari side income nih dan dorang pun macam 50-50 setuju dgn tak setuju

"u susah sgt ke sampai nak cari side income?"
"u tak patut rasa macam tu sebab itu mmg tanggungjawab mak ayah kita untuk sediakan semua tu, kita pulak kena laa bertanggungjawab dengan fokus pada study"
*gulp*
aku terkedu

okay..masa ni aku memang fikir panjang gilerrr..aku tanya pendapat semua orang termasuklah kawan aku yang buat side income nih..responnya bercampur-campur...

aku borak panjang dengan abang aku pasal perkara ni..ye laaa dia kan pernah jadi student macam aku, dah ada banyak pengalaman..dia banyak bagi pendapat yang 'atas pagar' maksudnya banyak pros dan cons dalam nak buat kerja sambilan ni. abang aku ada bercerita pasal kawan2 dia masa belajar dulu yang buat kerja sambilan atau kerjanya lebih kepada MLM..well, multi-level marketing tuh dan abang aku cakap kebanyakan orang yang involve dengan MLM ni akan target student macam aku!!! OMG!!!

hahaha..jangan marah aku kalau apa yang aku tulis kat sini tak betul..ini semuanya bukannya fakta tapi lebih kepada pengalaman orang sekeliling aku yang bercerita. kenapa aku cakap orang MLM banyak target student universiti? sebabnya student ada biasiswa atau duit pinjaman pelajaran yang pastinya setiap kali masuk semester baru, student laa yang paling 'masyuk' sekali and the best part is they will only come when the new semester begins-when $$ is in students' accounts- am i right??
dan mereka takkan 'mendekati' student masa hujung2 semester sebab tahu masa tu students semuanya dah 'kering'. dari pengalaman aku sendiri, aku 'dihampiri' oleh seorang akak MLM ni yang nak jual produk dia kat aku <aku pun boleh tahan gak, bagi nombor telefon aku kat dia>, dia call aku betul2 masa duit PTPTN dah masuk..sejujurnya aku pelajar biasiswa yang sampai sekarang tak masuk2 lagi duit biasiswa..aku dengan jujurnya bagitau akak tu yang aku tak ada duit, akak tu boleh pulak cakap ramai je student dah beli kat akak and dorang cakap duit dah masuk *dush2x* Aku pun dah macam 'pandainyerrr akak ni timing'..but then aku  tetap tak beli dengan alasan yang benar - XDOP PITIH-

aku ada dikenalkan dengan beberapa orang yang berjaya dengan belajar sambil ber-MLM (selalunya dipanggil kerja sambilan) dengan income beribu-ribu sebulan. Maksud aku pelajar sepenuh masa dengan kerja sambilan dan income yang beribu-ribu sebulan..perghh masa ni rasa cemburu kowt dengan dorang lagi2 yang umurnya sebaya dengan aku (-.-")..rasa macam tak percaya pun ya jugak tapi malas nak fikir lebih2, aku iyekan jek...kawan aku dekat universiti lain ada cerita kat aku yang ada seorang junior ni pinjam duit kawan dia untuk start modal MLM nih...but then, that junior sangat busy kesana-sini dengan urusan itu sampaikan hutang itu tidak berbayar..tidaklaa nak kata orang yang ber-MLM ni tak bayar hutang tapi note to everyone, bila dah berhutang, jelaskan segera..selepas beberapa episod masam muka,juling mata dan muncung bibir that junior tu pun berjaya bayar balik duit yang dipinjam tetapi yang tak sedapnya dia fail test dia yang mana memang 'disaster' bagi student program dia..

abang aku ada bagitahu 'student yang dah kerja, pegang duit banyak dalam tangan ni dah takkan fikir pasal pelajaran dah. mereka cuma akan fikir untuk habiskan pengajian cepat lepas itu nak kerja'..aku pun teringat kisah cikgu aku sendiri yang malas nak sambung belajar sebab dia kerja lepas SPM dan dia rasa dia dah cukup selesa dengan gaji tu, dia taknak sambung belajar. teruk kena perambat dengan ayahnya, cikgu aku tu pun sambung belajar kat UPSI dan jadi guru.


kebanyakan barang yang MLM jual ni semuanya mahal-mahal yang mana orang memang akan fikir 2-3 kali kalau nak beli. starting modal pun dah beribu dan orang nak membelinya tak confirm ada ke x...fuyyooo aku paling takut kalau perkara ini yang terjadi *u can call me pessimist but i dun care if it takes a lot of money to think of* lebih2 lagi bila dah pakai duit beribu-ribu tapi hasilnya belum tentu lagi (-.-")
produk MLM ni ada banyak kat Malaysia ni. tak perlu ditulis kat sini tapi faham2 je laa lagipun apa yang aku tulis ni lebih bersifat bebas dan tidak dituju pada mana2 pihak. ianya lebih bersifat 'my point of view' yang tak seberapa ni...

pada pendapat aku. kalau kita sebagai student yang dah diberi kemudahan biasiswa atau pinjaman pelajaran, tak perlulah kita sibukkan diri kita dengan nak cari side income *nafsu je kowt*..sibukkan kita dengan aktiviti kolej atau universiti..enjoy our students' life..masa muda bukan datang banyak2 kali..mingle dengan kawan2 se-uni, pergi panjat gunung sana-sini, terjun kat air terjun, redah hutan, buat aktiviti kemasyarakatan dengan orang luar..well, itu semua dah cukup kalau kita nak asah soft skills kita..tak perlu ke hulu ke hilir jual produk tu semua.*wink2x*
melainkan kalau kita memang memerlukan duit tambahan atau tak nak menyusahkan mak ayah. you need to work really hard. nak jual barang ni bukannya senang..lagi satu, kena tahu apa hala tuju kita dalam kehidupan supaya nanti tak ter'tukar' signal pastu pegi ke destinasi lain..pahamkan??nanti buat rugi jek..belajar nak jadi akauntan tapi last2 kerja jual produk...

#entry ini bersifat umum. tidak ditujukan pada mana2 pihak.
##hanya pendapat dan pengalaman aku dan orang sekeliling



Comments

Popular Posts